Monday, October 31, 2011

PAUHinfo: Jom Main Mata!



Bukan main mata mengurat orang atau jeling-jeling pandang-pandang tak tentu hala, tapi permainan ilusi mata. Di bawah terdapat beberapa gambar yang mempunyai lebih dari satu visual. Ada visual yang tersorok, ada yang apabila diterbalikkan gambar menjadi imej yang lain dan ada pula yang kelihatan tidak seperti yang disangkakan.

Mari kita lihat bermula dari gambar yang mudah kepada yang lebih mencabar. 1, 2... mula! (Untuk lebih jelas, sila klik gambar-gambar ini untuk zoom besar).



Muka masam atau senyum?
Gambar yang sama tapi bila diterbalikkan membawa maksud yang berbeza.






Anjing atau kucing?
Anjing yang menyalak atau kucing yang melompat?




Alas kaki "Come In" atau "Go Away"?
Bila tiba di suatu tempat alas kaki ini mengalu-alukan kedatangan kita. Tapi bila kita keluar dari tempat tersebut alas kali itu secara automatik memberi mesej yang sebaliknya.





Lelaki tua atau gadis muda?
Dari jauh kelihatan seorang gadis berjalan, tapi bila dah dekat rupa-rupanya..





Pemain memukul bola di air atau lembaga?
Secara tidak sengaja air yang terpercik itu membentuk seekor lembaga. Anda nampak?




Apakah yang tersorok di gambar berikutnya?
Anda nampak seekor rama-rama, burung dan harimau bintang di bawah?






Anda atau gambar yang bergerak?
Cuba renungkan lama-lama pada satu titik di setiap gambar berikut, anda akan dapati gambar-gambar kaku ini bergerak.






 Garisan kelabu menghilang?
Cuba tumpukan pada titik merah di tengah tersebut. Lama-kelamaan anda akan dapati garisan kelabu seperti menghilang menjadi putih.




Apakah mesej ini?
Bayangkan bahawa warna putih adalah latar belakang, anda pasti boleh membaca mesej ini.




Adakah labah-labah ini semakin mendekati?
Perhatikan labah-labah ini, ianya seperti semakin menghampiri.




Nampak macam makin dekat tapi tak sampai-sampai!
Cuba lihat gambar yang di "zoom-in" dari Google Earth ini, bila agaknya akan tamat?




Sekian untuk kali ini. Dapat semua jawapan? Dapat lihat apa yang tersorok? Terpandang gambar kaku yang bergerak? Adakah anda semua sudah pening? Mahu makan ubat pening kepala? Silakanlah, hahaha!

PAUHinfo: Najis jadi kopi berharga!


Tidak berapa lama dulu (rasanya bulan Julai 2011) pernah keluar satu berita tentang kopi tahi musang (atau kopi luwak panggilan orang tempatan) oleh JAKIM tentang status halal atau haram jika meminum kopi ini.


Walaupun aku bukan penggemar kopi tapi terlintas juga dikepala bila memikirkan ada juga orang yang sanggup minum kopi yang telah menjadi najis seekor musang. Bukan murah harga kopi ini kerana ianya antara kopi yang mahal nilainya di dunia. Nak tahu haram ke tidak, buat carian menggunakan perkataan "KOPI TAHI MUSANG"! Cuba klik, mesti jumpa!




TERBARU!



30/10/2011 LIPA, Filipina - Seorang petani, Rustico Montenegro di sini mencari najis musang yang mengandungi biji kopi untuk dikumpulkan dan dibersihkan sebelum dijual kerana harganya yang tinggi.


Montenegro yang berusia 44 tahun dan isterinya memperoleh pendapatan sehingga AS$230 (RM704.83) sehari semasa bulan Mac hingga Mei hasil daripada usaha mereka itu.

Najis musang yang mengandungi biji kopi itu dibeli oleh dua pedagang biji kopi, Vie Reyes dan Basil Reyes untuk dieksport ke luar negara untuk dijadikan minuman.


Kopi najis musang itu dijual AS$7 (RM21.45) satu cawan di kafe di Manila.

Namun, di Amerika Syarikat (AS), laman web Kopi Herloom di Massachusetts menyatakan dua cawan kopi daripada kopi najis musang dari Filipina, Indonesia dan Vietnam dijual pada harga AS$49 (RM150.16).


Di New York, sebuah kedai kopi menjual biji kopi tersebut pada harga AS$340 (RM1,041) satu kilogram.

Musang yang tinggal di atas pokok itu memakan biji kopi sebelum mengeluarkannya menerusi najis.


Enzim dan asid dalam sistem penghadaman musang menghilangkan rasa pahit biji kopi dan memberikan ia aroma buah dan rasa yang tersendiri.

Sunday, October 30, 2011

PAUHauto: Humvee Terbang



WASHINGTON - Ia mungkin kelihatan seperti gambaran dalam komik tetapi jip terbang ini akan menjadi kenyataan, tidak lama lagi. 


Agensi Projek Penyelidikan Pertahanan Lanjutan (Darpa), iaitu satu daripada cabang tentera Amerika Syarikat sedang membina kenderaan futuristik ini menggunakan model kenderaan tentera Humvee dan dijangka sedia digunapakai menjelang akhir tahun depan. 


Jip itu dicipta supaya dapat dipandu merentasi muka bumi paling sukar, mampu menahan tembakan senjata dan boleh terbang serta mendarat dengan hanya satu petikan suis. 


Tentera AS berharap Humvee terbang itu boleh membawa empat askar bersama peralatan mereka pada satu-satu masa, terbang dan mendarat secara menegak, boleh diterbangkan sejauh 400 kilometer dengan menggunakan satu tangki penuh minyak serta boleh dikendalikan tanpa perlu latihan sebagai juruterbang. 


Kenderaan dwi-fungsi ini bukanlah yang pertama di dunia kerana sebelum ini, syarikat Terrafugia telah mencipta Transition, iaitu kapal terbang kecil yang sayapnya boleh dilipat dan dijadikan kereta biasa. Penggunaan Transition diluluskan di AS, Julai lalu selepas melepasi beberapa ujian.

Thursday, October 27, 2011

PAUHnews: Trend Gigi Bengkok



Pelancong dari serata dunia datang ke Asia kerana ingin mendapat perkhidmatan kosmetik dan  pembedahan plastik yang lebih murah tetapi berkualiti.

Tetapi kenapa remaja di Jepun masakini pergi ke pakar gigi semata-mata untuk menukar penampilan gigi mereka dari cantik kepada lebih buruk? Macam tak masuk akal dan terbalik saja ceritanya.


Biasanya kita akan pergi ke klinik gigi untuk mencabut atau mencantikkan gigi yang sedia ada. Sememangnya proses mencantikkan gigi amat mahal harganya. Tapi kenapa ada pula yang sanggup menghabiskan wang untuk memburukkan gigi mereka pula?


Secara amnya jika anda lahir di Jepun, amat sukar untuk melihat penduduk di sana mempunya gigi yang tidak sekata. Boleh dikatakan hampir semua mereka mempunyai gigi yang lurus. Jadi apa masalahnya?

Kini terdapat sebuah klinik pergigian yang berpusat di Ginza yang membekalkan perkhidmatan gigi bengkok kepada mereka yang inginkannya. Walaupun bengkok gigi tersebut adalah bersih putih seperti mutiara.



Dalam bahasa Jepun, gigi bengkok ini disebut Tsuke-yaeba atau Stick-on Crook Teeth. Ianya amat popular digunakan sekarang kerana kononnya menjadikan mereka lebih menarik kepada jantina yang berlainan.

Teori di sebalik pendekatan yang sedikit ganjil ini adalah apabila seseorang itu terlalu sempurna adalah amat sukar untuk didekati. Tetapi jika terdapat sedikit kekurangan yang menonjol maka ianya lebih mudah untuk memulakan perbualan atau perhubungan.



Begitu juga, sesetengah wanita Jepun telah dilaporkan memihak kepada lelaki yang memakai cermin mata, sebagai kecacatan fizikal yang juga salah satu punca tarikan seseorang.

Mereka yang inginkan Tsuke-yaeba ini perlu berbelanja sebanyak ¥30,000 atau 390 dollar dan perlu melalui proses penampalan gigi palsu tersebut bersama doktor gigi. Gigi ditampal menggunakan gam khas. Warna gigi juga disesuaikan dengan warna gigi asal supaya kelihatan seperti asli.


Seorang pakar pergigian Tokyo, Masaru Iwasuki berpendapat gigi manusia memerlukan ruang atau lubang untuk penerimaan oksigen. Penampalan gigi bengkok pada gigi asal akan membuatkan ruang udara akan tertutup. Idea gila ini tidak sihat bagi gigi manusia.

Tapi bagi mereka yang telah memakai gigi tersebut berpendapat ianya hanyalah satu trend. Tidak menyusahkan orang lain serta tidak menyalahi sebarang undang-undang. Lagipun gam yang digunakan akan pudar dan hilang dalam masa enam bulan sahaja.


Enam bulan? Sanggup jika anda seorang peminat fanatik gigi bengkok tersebut. Cuba bayangkan mereka yang memakai pendakap gigi untuk meluruskan susunan gigi pun tidak sabar untuk membuang dawai tersebut dari gusi mereka! Anda bagaimana?

PAUHnews: World’s Expensive House Lies Abandoned



MUMBAI: Rumah paling mahal di dunia kini terbiar kosong selepas pemiliknya enggan berpindah ke situ kerana takut ditimpa bala.


Bangunan 27 tingkat itu - dinamakan Antilia - adalah milik orang paling kaya di India dan tokoh kesembilan terkaya di dunia, Mukesh Ambani, dengan nilai kekayaan RM84.5 bilion.

Ketika ini, Antilia begitu menonjol di Mumbai sejak ia disiapkan tahun lalu.

Bagaimanapun, pelbagai spekulasi tersebar selepas Mukesh, isteri, Nita dan dua anak mereka tidak berpindah ke situ hingga kini.


Memiliki tiga tempat pendaratan helikopter, enam tingkat kawasan meletak kenderaan dan sejumlah taman tergantung, menurut penilaian vastu shastra - sejenis kepercayaan seperti feng shui - Antilia akan membawa nasib malang kepada penghuninya.

Laporan menyatakan, keluarga Mukesh bimbang apabila mendapati Antilia gagal mematuhi prinsip pembinaan yang direstui vastu shastra. Sumber berkata, Mukesh bertegas enggan mendiami bangunan itu kerana percaya dia dan keluarganya berdepan dengan sumpahan nasib malang.


Walaupun begitu, bangunan itu pernah digunakan untuk tayangan filem dan majlis makan malam dikendalikan kakitangan terlatih dari rangkaian hotel mewah Oberoi.

Menurut sumber, Mukesh akan kembali ke rumah sedia ada setiap kali majlis berkenaan selesai diadakan. “Dia enggan bermalam di Antilia,” katanya.


Menurut falsafah vastu yang digunakan dalam pembinaan kuil Hindu, sesebuah bangunan mesti menghadap matahari terbit.

Bahagian timur Antilia pula tidak memiliki tingkap atau ruang terbuka mencukupi bagi membolehkan penghuninya mendapat cahaya pagi mencukupi.

Ketika ini Mukesh dan kaum keluarganya masih tinggal di rumah lebih sederhana mereka - sebuah apartmen 14 tingkat di selatan Mumbai.

Sementara itu, jurucakap Mukesh mendakwa alasan mengapa bilionair itu enggan berpindah ke Antilia sekadar gosip liar.

---------------------------------------------#---------------------------------------------


MUMBAI: The world’s most expensive home is lying unused and abandoned because its billionaire owners believe moving in will bring them bad luck, the Daily Mail reported.

The 27-storey, billion-dollar tower in Mumbai, called Antilia, is said to have fallen foul of vastu shastra – an obscure Hindu version of feng shui.


Built for India’s richest man, Mukesh Ambani – ranked by Forbes as the ninth wealthiest person in the world with a fortune of $27billion – Antilia has dominated the Mumbai skyline since being completed last year.

But speculation has grown as to why Ambani, his wife Nita and their two children have not moved into their extravagant new home.

Certainly the property – which has three helipads, six floors of parking and a series of floating gardens – is comfortable enough.


According to reports, the Ambani family is concerned the building fails to conform to the ancient Indian architectural principles of vastu shastra, and has refused to move in for fear the home will curse them with bad luck.

Film screenings have been staged in its state-of-the-art theatre and dinners held in its grand ballroom, served by staff trained by the luxury Oberoi hotel chain.


But its owners return at the end of each party to their former ancestral home, never staying the night.

Vastu, a philosophy that guides Hindu temple architecture, emphasises the importance of facing the rising sun – and despite the staggering sum spent on Antilia the building’s eastern side does not have enough windows or other openings to let residents receive sufficient morning light.


Instead of moving into their dream home, the Ambanis continue to stay in the more modest, 14-storey apartment tower at the south end of the city that they share, on different floors, with the rest of their extended family.

Tushar Pania, a spokesman for  Ambani’s company Reliance Industries, dismissed questions about whether the family was reluctant to live at Antilia as idle gossip.


Last year, as it was nearing completion, many Mumbai residents criticised the building as an ostentatious display of wealth in a country where most people live on less than $2 a day.

Half a mile from Ambani’s 27-storey tower, a competing skyscraper is making its way into Mumbai’s skyline.


The building is being constructed by the Singhania family, which controls Indian suit maker the Raymond Group.

Seen at a distance, the two buildings are strikingly similar, with soaring columns, large sea-facing windows and a nearly identical jigsaw puzzle facade.