Saturday, August 27, 2011

PAUHinfo: Selamat Hari Raya Semua!


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera kepada semua! Memandangkan hari raya telah hampir, maka kemungkinan besar selama seminggu ini blog ini akan sedikit sepi. Itupun jika tiada capaian internet ketika berada di kampung kelak.


Bermula malam ini, saya PAUHatsu dan keluarga akan bertolak dari Kajang dan Kuala Lumpur menuju ke Kuala Terengganu sempena cuti panjang Hari Raya Aidilfitri 1432 ini. Kemudian pada malam Khamis minggu hadapan akan menuju ke kampung sebelah isteri pula di Batu Pahat/Muar, Johor.

Kuala Terengganu, Terengganu DI.

Jika berkesempatan, saya cuba untuk meneruskan pengisian Blog ini. Tapi jika dilihat pada keadaan sebelum ini, tiada capaian 3G atau Internet di tempat-tempat berkenaan.

Batu Pahat, Johor DT.

Apa-apa pun kepada semua saya ucapkan selamat bercuti dan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua yang mengunjungi Blog ini samada secara sengaja atau terbabas!


Sekian terima kasih! Dengarlah lagu raya BERANIMASI ini dari Anuar dan Elina, Suasana Hari Raya ini yan penuh dengan mesej yang berguna! Berhati-hati di jalanraya ya!!!

Wassalam w.b.t.

PAUHnews: Dah Nak Raya Pun Buang Bayi!


Kejadian berlaku di Segamat, Johor.

26/8/2011 SEGAMAT: Seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk bersahur terkejut apabila terdengar tangisan sebelum menemui seorang bayi perempuan masih bertali pusat di dalam kotak di depan sebuah pasar raya di sini, pagi semalam.

Bandar Segamat, Johor.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, Mohammad Taufik Kamaruddin, 21, dari Felda Selancar sedang memandu kereta apabila terdengar suara tangisan berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Anuar Ismail berkata cuaca dingin menyebabkan Taufik menurunkan tingkap di sebelah pemandu dan tidak memasang pendingin udara kereta itu.

“Setibanya di lokasi kejadian, Taufik yang memandu perlahan terdengar tangisan bayi lalu memberhentikan keretanya.

Ibu pejabat polis Segamat, Johor.

“Dia terlihat sebuah kotak di depan pasar raya berkenaan sebelum mendapati ada bayi perempuan di dalamnya yang masih bertali pusat selain tidak berpakaian,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat.

Ibu pejabat polis Segamat, Johor.

Menurut Anuar, Taufik membawa bayi berkenaan pulang ke kediamannya untuk dibersihkan dan dipakaikan baju.

Anuar berkata, Taufik tidak menghantar terus bayi ke hospital atau membuat laporan polis kerana bimbang dituduh membuang bayi berkenaan sebaliknya dia pergi ke IPD Segamat bersama bayi berkenaan untuk membuat laporan polis pada jam 7 pagi.

Hospital Segamat, Johor.

“Siasatan awal mendapati bayi berkulit sawo matang itu dipercayai Melayu dan seberat 2.7 kilogram,” katanya.

Bayi itu disahkan dalam keadaan sihat dan kini ditempatkan di Hospital Segamat untuk rawatan susulan. Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Friday, August 26, 2011

PAUHauto: New Toyota Yaris



Toyota boldly claims that the new car offers higher interior quality, sharper dynamics and more space than ever, but what instantly grabs you is the new exterior design. The anonymous styling of old has vanished, replaced by a pair of angular headlights, a double concave grille, and subtle chrome trim which all reflect the latest family look.


The newcomer has gone up a size too, as it’s 100mm longer than its predecessor. Half of the extra length has been used to extend the wheelbase, freeing up passenger space, while the rest means that the boot is 25 per cent longer than before. It will swallow a decent 286 litres of luggage.


The existing engine line-up has been carried over, so there are two petrols to choose from - a 1.0-litre three cylinder with 68bhp and the 1.33-litre unit tested here. Completing the line-up is an 89bhp 1.4-litre diesel, which will also be the most efficient version until a hybrid model arrives next summer, emitting just 104g/km of C02.

Of the three, the 1.33-litre petrol is expected to make up around half of all sales, and with 98bhp and 125Nm of torque, there’s enough shove to keep pace with town traffic.


Progress is smooth and hushed at city speeds but, as peak torque arrives at 4,000rpm, the engine note becomes more strained once you reach the motorway. The manual gearbox could be more precise too, and while the optional Multidrive S automatic is smoother, it can get noisy unless you change gears yourself using the steering wheel-mounted paddles.


Toyota’s engineers have focussed on improving the car’s agility, ride and handling balance, and to achieve this plenty of thought has been put into saving weight. So despite going up in size, the new Yaris is 20kg lighter than the outgoing model, with thinner seats, aluminium suspension components, and a stiffer body shell all aiding the slimming process.


European versions also get a bespoke ride and handling setup, with retuned suspension bushes and dampers, and a quicker steering rack to help improve road holding and ride comfort.


Unfortunately the extra attention hasn’t had the desired effect – even on our smooth test route the ride felt firm, bouncing and jarring over imperfections. The electrically-assisted steering is light and easy to use, but provides little feedback, and the chassis gets flustered easily by quick changes in direction.

On the inside, the newly driver-oriented cabin and simple, unfussy dash layout marks a big step forward, with an integrated touchscreen system at the heart of the design. It’s an impressive piece of kit, and features Bluetooth, a reversing camera and picture viewer as standard on all but the base-spec car.

Thursday, August 25, 2011

PAUHauto: SMART electrically-powered scooter


According to inside sources, smart will premiere a concept of a full-electric drive plug-in scooter, that could probably go into series in 2011 or in 2012, at the upcoming Paris Motor Show. 






Besides these design sketches that were issued by the media department of the smart brand, no other details or photos have leaked out up to the moment. 

Wednesday, August 24, 2011

PAUHnews: Ikan Nasi Dagang Mencukupi!



24/8/2011 KUALA TERENGGANU — Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan bahawa bekalan ikan tongkol atau ikan aya untuk dijadikan lauk nasi dagang adalah mencukupi pada hari raya nanti.


Pengarah LKIM Terengganu, Mohd. Saffe Mohd. berkata kebanyakan peniaga atau persatuan nelayan sedang menyimpan stok ikan tongkol untuk dijual pada musim perayaan nanti.


"Kita mengharapkan tidak ada masalah, sebab kita boleh mendapatkan bekalan ikan aya daripada negeri-negeri lain sekiranya perlu,” katanya.


Mohd. Saffe berkata, daging ayam atau daging lembu boleh juga dijadikan lauk nasi dagang sekiranya ikan tongkol tidak ada.

PAUHinfo: Adab sambut Aidilfitri



Meraikan Aidilfitri waktu kanak-kanak memang meriah. Tapi takkan nak meraikan hari raya dengan cara yang sama bila umur kita makin meningkat. Betulkah cara kita menyambut hari lebaran selama ini? Mari kita lihat tatacara yang betul sempena menyambut hari raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba nanti.

Antara perkara yang baik dilakukan adalah:


1)  Sunat melaungkan takbir sebaik sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawal telah sabit dilihat. Sesungguhnya laungan takbir itu bukanlah semata-mata untuk memeriahkan suasana 
hari raya sahaja, tetapi sebagai tanda syukur kita terhadap anugerah yang dikurniakan oleh Allah.


2)  Pada pagi hari raya pula,  sunat mandi dengan niat kerana kedatangan Aidilfitri dan bukan mandi semata-mata hanya untuk membersihkan diri.


3)  Sunat memakai bau-bauan yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut dan memotong kuku serta memakai pakaian yang paling elok, kerana  hari tersebut merupakan hari 
untuk berhias-hias dan berelok-elok.


4)  Sunat memakan buah kurma  dengan bilangan yang ganjil sebelum ke masjid bagi menunaikan sembahyang sunat hari raya.


5)  Menunaikan sembahyang sunat hari raya secara berjemaah dan mendengar khutbah raya.

6)  Sunat doa mendoakan dan mengucapkan tahniah di antara satu sama lain.


7) Aidilfitri adalah suatu ibadat  oleh itu jangan dicemari dengan aktiviti yang boleh merosakkannya seperti berfoya-foya, berpeleseran tanpa tujuan,  menonton wayang, berpasang-pasangan dengan yang bukan muhrim, bergaul bebas lelaki dan wanita bukan muhrim dan sebagainya.

Semoga raya kali ini lebih baik dari tahun yang sudah-sudah ya! Sebar-sebarkanlah! Selamat menyambut hari raya Aidilfitri 1432 Hijrah!

Saturday, August 20, 2011

PAUHinfo: Malam Lailatul Qadar



Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini. “Dimalam itu (Lailatul Qadr) malaikat dan ruh turun dengan izin Tuhan mereka …” (Al-Quran).

Surah Al Qadr

Pernah dimalam itu Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Ramadan 1429H/2008M semakin berakhir. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! Itulah malam Lailatul Qadar.

Doa malam lailatul qadar

Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra. Firman Allah swt bermaksud, 


“Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).

Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah Al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri, keluarga dan Dakwah dan sebagainya.

Friday, August 19, 2011

PAUHinfo: Magnet sebesar BUKIT!



8:30 pagi tadi sewaktu memandu kereta pergi ke tempat kerja, saya terdengar pengacara wanita di dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O, TV9 menyebut tentang sebuah bukit yang bermagnet berhampiran dengan Madinah. Memandangkan saya tak boleh menonton TV ketika memandu, maka sepanjang perjalanan itu saya hanya mendengar celoteh pengacara itu dab menyimpan hasrat untuk mencari info tentang bukit ini sebaik saja tiba di pejabat nanti.


Bukit Magnet atau Jabal Magnet ini terletak di Madinah, sebuah kota di negara Timur Tengah iaitu Arab Saubi. Kota Madinah Al Munawarah juga merupakan kota suci bagi umat Islam. Kota ini dikelilingi oleh bukit-bukit dan gunung-ganang. Bukit ini berada 60km dari Kota Madinah. Dianggarkan seluas 4km kawasan gunung ini mempunyai tarikan magnet yang kuat. Gunung Magnet tersebut bewarna hitam dan merah bata.

Koordinat Bukit Magnet Madinah
24° 43' 21.21" N 39° 26' 40.26" E

Warga setempat menyebutnya Manthiqa Baidha, yang bermaksud perkampungan putih. Namun, banyak yang menamainya Jabal Magnet. Jabal Magnet menyimpan misteri dan fenomena kagum bagi sesiapa saja yang berkunjung ke kawasan ini.


Kenderaan yang melalui kawasan ini akan merasai kelajuan bertambah 5km/j. Jika kenderaan dimatikan dan gear dibiarkan neutral, kenderaan akan bergerak sendiri secara perlahan dan boleh mencapai kelajuan maksima 120km/j pada akhir kelajuan.


Jika dikatakan tarikan graviti menyebabkan kenderaan bergerak sendiri, bagaimana pula bila kenderaan tersebut boleh menaiki kawasan yang membukit. Tidak hanya itu, jarum penunjuk kompas yang dibawa juga tidak bekerja sebagaimana biasa. Arah utara-selatan menjadi kacau. Selain itu, ada beberapa pengunjung mengaku kehilangan data dari telefon bimbit ketika di lokasi tersebut.


Secara geografi, fenomena Jabal Magnet boleh dijelaskan dengan logik akal. Kerana, Kota Madinah dan sekitarnya berdiri di atas "Arabian Shield" tua yang sudah berumur 700 jutaan tahun.

Kawasan itu berasal dari endapan lava “alkali basaltik” (theolitic basalt) seluas 180,000km persegi. Lava yang bersifat basalt itu muncul ke permukaan bumi dari kedalaman 40 kilometer melalui zon rekahan sepanjang 600 kilometer yang dikenal sebagai “Makkah-Madinah-Nufud volcanic line”.


Banyak gunung berapi terbentuk di sepanjang zon rekahan itu. Seperti Harrah Rahat, Harrah Ithnayn, Harrah Uwayrid dan Harrah Khaybar.

Monday, August 15, 2011

PAUHinfo: Telefon pintar LEMBAB?



15/8/2011 LONDON, Britain – Penduduk kawasan pedalaman disaran tidak membeli telefon pintar jika mereka mahu memastikan penerimaan isyarat terbaik semasa membuat panggilan, menurut satu kajian seperti yang dilaporkan sebuah akhbar semalam.


Kajian oleh agensi telekomunikasi Ofcom mendapati telefon bimbit lama dengan rangkaian 2G dapat membuat panggilan dengan jelas di lokasi pedalaman kerana ia memiliki ruang dalaman lebih luas untuk antena.


Telefon pintar 3G seperti iPhone pula walaupun boleh digunakan untuk mengakses rangkaian berkelajuan tinggi, e-mel dan Internet, memiliki prestasi kurang memuaskan untuk membuat panggilan di ceruk rantau.


“Di pedalaman, kami mendapati telefon lama 2G yang murah menghasilkan prestasi lebih baik berbanding telefon pintar yang mahal untuk membuat panggilan,” kata satu Ofcom dalam satu kenyataan.


“Selain kelebihan antena, telefon lama ini tidak perlu menukar daripada rangkaian 2G kepada 3G seperti telefon pintar,” tambah kenyataan tersebut.

Sunday, August 14, 2011

PAUHnews: Kisah LEMBU perasan MACHO!



13/8/2011 ENNISKILLEN, Britain – Seorang wanita Ann Maguire terkejut melihat seekor lembu jantan besar seberat satu tan tercegat di pintu rumahnya, lapor sebuah akhbar semalam.


Maguire berkata, dia mendapati lembu jantan berwarna coklat itu asyik merenung cermin kaca pada pintu depan kediamannya di sini, negeri Ireland Utara.


Bagaimanapun, tanpa disangkanya, dia ketawa apabila menyedari haiwan itu seperti seronok dapat melihat refleksi sendiri pada cermin itu.


“Ia seperti memuji ‘betapa kacaknya aku’ di hadapan pintu depan rumah saya. Kejadian ini sungguh melucukan,” kata Maguire kepada sebuah akhbar tempatan.



Lembu itu yang terlepas dari sebuah treler, kemudian beredar sebelum ia ditangkap penduduk setempat ketika merayau-rayau di bandar ini.


Link lain tentang kisah lembu: Kancil vs Lembu