Thursday, June 30, 2011

PAUHnews: Saksi sibuk bancuh air pelanggan



PASIR MAS: Suasana di perkarangan sebuah kedai makan berdekatan Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam kecoh apabila seorang bapa bergaduh dengan anak lelakinya sehingga menterbalikkan meja dan kerusi, memecahkan pinggan mangkuk serta melempar makanan dan minuman ke arah satu sama lain.

Kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu menggemparkan kira-kira 20 pelanggan yang sedang menikmati hidangan di kedai berkenaan.

LAPOR...Aishah menunjukkan laporan polis


Menurut saksi, dua beranak terbabit dilihat mengadakan perbincangan secara baik, tetapi keadaan tiba-tiba berubah apabila kedua-dua mereka gagal mengawal perasaan masing-masing dan mula bergaduh sehingga mencetuskan suasana kecoh.

Difahamkan, si anak berusia 20-an mahu membela nasib ibunya sering diugut bapanya, berusia 50-an, dan bengang dengan sikap bapanya yang berdolak-dalik ketika mahu menyelesaikan kes perceraian dengan isterinya itu.




Seorang saksi yang juga pemilik kedai makan berkenaan, Fadzilah Ismail, 52, berkata ketika kejadian, dia sedang membancuh minuman untuk pelanggan.

Wednesday, June 29, 2011

PAUHnews: Kajol ke kojol?


Ini Kajol Mukherjee.

KOTA BHARU: Kontroversi membabitkan penyanyi mak nyah tersohor Kelantan, Kajol, 25, kini memasuki episod baru apabila dia disiasat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) akibat keceluparannya mengaku bukan Islam ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, 21 Jun lalu.

Pegawai JAHEAIK Jajahan Tanah Merah, Nik Ahmad Zuhdi Nik Yaacob berkata, tindakan itu diambil selepas mendapati penyanyi yang terkenal dengan lagu berentak Bollywood itu melakukan kesalahan serius apabila mengaku bukan Islam.


Ini pula Kojol Mung Keji! Apa nak jadi dia ini!

“Segala bukti mengenai pengakuan penyanyi itu sudah diperoleh dan fail siasatan mengenainya sudah dibuka dan dihantar ke ibu pejabat JAHEAIK.


“Kami mengambil tindakan segera membuka fail siasatan kerana Kajol secara sedar mengaku bukan Islam walaupun pada pengenalan dirinya menunjukkan agamanya Islam,” katanya.


Sebelum ini, muka depan Harian Metro melaporkan, Kajol atau nama sebenarnya, Mohd Hafiz Jeffri dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda selepas mengaku salah terhadap pertuduhan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai ketika mengadakan persembahan di sebuah tapak ekspo di Tanah Merah, 15 April lalu.



Kononnya rela mati dari kembali jadi lelaki.

Bagaimanapun, hukuman itu ditangguhkan selepas Kajol merayu semua hukuman dijatuhkan ke atasnya dikemukakan semula kepada Mahkamah Tinggi Syariah untuk dibicarakan semula pada prosiding akan datang.


Kajol yang berseluar jeans biru dan berbaju panjang berwarna hitam mengaku salah atas pertuduhan serta fakta kes dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Syarie, Aris Fadhilah.


Ketika nasihat diberikan, Kajol dilihat menyampuk dengan berkata: “Saya bukan orang Islam, tetapi Orang Asli”, menyebabkan hakim bertegas kerana dokumen dikemukakan di hadapannya mengesahkan Kajol beragama Islam.


Menurut Nik Ahmad Zuhdi, beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana kes berkaitan Kajol sedang disiasat.


Konsert dikir yang dinyanyikan oleh Mohd Hafiz Nyah.

“Apa yang penting, kami sudah buka fail siasatan dan penyanyi itu akan disiasat atas perbuatannya,” katanya.



Sebelum dijatuhi hukuman itu, Kajol pernah mencetuskan kontroversi apabila mengaku lebih rela mati daripada berubah menjadi lelaki sejati.



Muka depan Harian Metro pada 20 April lalu melaporkan, Kajol memberi alasan bukan sengaja mahu menjadi wanita, tapi naluri wanita memang wujud dalam dirinya sejak zaman kanak-kanak lagi.



Rela? Rela kat sebelah ke dia yang rela?

Kajol turut mengakui dia ‘lemas’ dengan pelbagai dugaan menimpanya, termasuk ditahan penguat kuasa jabatan agama menyebabkan dia mengambil keputusan nekad untuk tidak lagi membuat persembahan di Kelantan.



“Saya manusia biasa dan tidak mahu terus terseksa. Saya sedar, saya seperti diharamkan di Kelantan. Daripada terus ditahan, lebih baik saya berhenti daripada membuat persembahan di Kelantan.



“Justeru, kepada semua peminat yang memberi sokongan setiap kali saya membuat persembahan di Kelantan, saya ucapkan ribuan terima kasih. Kita tidak akan berjumpa lagi di Kelantan,” katanya yang mendakwa mempunyai 25 album.

Tuesday, June 21, 2011

PAUHnews: Budak tersepit di penyaman udara


Perhatikan kedudukan kanak-kanak tersebut.

BEIJING 21/6/2011: Seorang budak terselamat daripada maut apabila tersangkut di celah dinding bangunan dan peti penyaman udara selepas dia dipercayai tergelincir dari tingkat lapan sebuah bangunan, semalam.

Budak lelaki terbabit dilaporkan ditinggalkan bersendirian oleh ibu bapanya dan bermain di kawasan balkoni di rumahnya.



Menurut saksi, mereka terkejut apabila terdengar suara budak menjerit meminta tolong.


Melihat ada seorang budak yang tersepit di antara peti penyaman udara bangunan berkenaan, penduduk apartmen di situ segera menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

MENCEMASKAN... detik-detik orang ramai membantu Wang dan Zhou menyelamatkan budak yang tersepit di antara dinding bangunan dengan peti penyaman udara di tingkat tujuh sebuah apartmen di Beijing, semalam.



Menurut saksi, sementara menunggu polis tiba, mereka melihat budak terbabit semakin terancam apabila bergerak ke bawah sedikit demi sedikit.


“Akhirnya orang ramai bertindak nekad dengan cuba menyelamatkan budak terbabit sebelum polis tiba,” katanya.



Untuk mengelak budak terbabit terjatuh, dua pekerja kedai runcit - hanya dikenali sebagai Wang dan Zhour - memanjat keluar melalui tingkap di tingkat tujuh dan sempat memegang tangan mangsa.


Saksi berkata, dia cemas melihat kaki budak itu terkapai-kapai di antara dinding bangunan dan peti penyaman udara itu sebelum dia diselamatkan.


“Mujur seorang daripada mereka sempat menangkap tangannya sebelum terjatuh,” katanya.

Setakat ini belum diketahui bagaimana budak terbabit terjatuh dari kediamannya.

Thursday, June 16, 2011

PAUHinfo: Japan, 3 months after Tsunami and Earthquake


Just three months ago Japan was plunged into chaos after a cataclysmic earthquake sent a merciless tsunami crashing through towns and cities up and down the east coast.

The unforgiving tide of water obliterated tens of thousands of buildings, devouring almost anything in its path. Thousands of people died and hundreds of bodies have never been recovered.

The heart-breaking images of families desperately searching for loved ones amid the rubble of their homes sent shockwaves around the world.

Now, three months on, these images show the Japanese people remain undaunted by the havoc nature has wreaked on their homeland as step by step they rebuild their nation.



Please clicked the picture(s) to enlarge.


The pleasure boat ''Hamayuri'' washed up on the rooftop of an inn by tsunami and a building have so far been removed in the town of Otsuchi, Iwate Prefecture, on April 6 (top) and on June 3 (bottom).


A Shinto shrine gate and surroundings in the town of Otsuchi, Iwate Prefecture three days after the March 11 earthquake and tsunami and the same spot on June 3.


A residential area being hit by the tsunami in Natori, Miyagi prefecture (top) and the same area, with only one house remaining on June 3 (bottom).


A parking lot of a shopping centre filled with houses and debris in Otsuchi town, Iwate prefecture two days after the earthquake hit and the same area picture on June 3.


A view of earthquake and tsunami-hit Kesennuma, Miyagi prefecture on March 20, left, and the same area after the building and debris was removed on June 3.


Local residents walking through debris on a street in Kesennuma, Miyagi Prefecture, to get water 48 hours after the disaster, top, and the same area on June 3 where a large tank and a damaged house on the left side of the street have been cleared away.


A view of earthquake and tsunami-hit Kesennuma, Miyagi prefecture on March 15, top, and the same area pictured on June 3.


Top, buildings are surrounded by debris in Onagawa, Miyagi prefecture, northeastern Japan, on March 16, 2011, days after the devastating earthquake and tsunami hit the area; and the same area, bottom, with the debris almost cleared.


The coast is filled with destroyed houses and debris at Ishinomaki, Miyagi prefecture, northeastern Japan, one day after the earthquake and tsunami hit, top, and the same area, bottom, with the houses and debris cleared as photographed on June 3, 2011.


A ship swept away by the raging torrents lies among other debris on March 12, left, while a man on a bicycle pedals past a pedestrian on the same road June 4, 2011 in Miyako, Iwate Prefecture, north-eastern Japan.


A group of firefighters head for a rescue operation March 13, top, while, bottom, a truck goes by the same road lined with electric poles June 6 in Minamisanriku, Miyagi Prefecture, northeastern Japan.


Previous link related to this article:

PAUHnews: 8.9 Earthquake struck Japan triggering a Tsunami Alert

Wednesday, June 15, 2011

PAUHnews: Bunuh dan tanam kawan rogol isteri!


KINABATANGAN: Seorang suami yang berang melihat rakan sekerja cuba merogol isterinya, membelasah lelaki itu menggunakan tukul besi sehingga maut sebelum menyeret mayatnya sejauh 100 meter dan menanam tubuh berlumuran darah itu di lereng bukit di Kampung Pelangi, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam, mangsa yang hanya dikenali Khail, 20, ditemui dalam keadaan ngeri dengan kesan parah di kepala oleh sepasukan polis sejurus menerima maklumat penduduk kampung yang melihat suspek ‘menanam’ sesuatu di kawasan berkenaan.

Difahamkan, sebelum kejadian, suspek yang berusia 26 tahun baru balik dari bekerja di tapak pembinaan berhampiran.

Bagaimanapun, sebaik memasuki rumah, dia terkejut apabila melihat isterinya yang berusia 19 tahun bergelut dengan seorang lelaki yang dipercayai cuba merogolnya.



Tanpa berfikir panjang, suspek menghentak kepala mangsa menggunakan tukul besi sebanyak dua kali menyebabkan mangsa menggelupur sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.

Sunday, June 12, 2011

PAUHnews: 2 - 1, terima kasih DAUDSU!


Perlawanan Piala FA Akhir
Tempat: Stadium Nasional Bukit Jalil, KL
Tarikh: 11hb Jun 2011
Pasukan: Terengganu lawan Kelantan

‘TERIMA kasih Daudsu Jamaluddin’. 


Gara-gara tertanduk bola ke gawang sendiri, Daudsu membuka jalan kepada Terengganu muncul juara Piala FA 2011 setelah menewaskan Kelantan 2-1 pada aksi final penuh dramatik di Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlarutan hingga ke masa tambahan malam tadi.

Gambar sebelum perlawanan bermula.

Ketika Kelantan sudah berada di ambang kemenangan hasil jaringan Nurul Azwan Roya pada minit ke-78, Terengganu berjaya menyamakan kedudukan ketika masa kecederaan berbaki lima saat menerusi gol sendiri Daudsu.

Dengan perlawanan dijangka sekali lagi akan berlarutan ke penentuan sepakan penalti buat tahun ketiga berturut-turut, pemain gantian, Ahmad Nordin Alias muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan Terengganu pada minit ke-108.

Pasukan Kelantan.

Kejayaan tersebut membolehkan Terengganu yang dibimbing Irfan Bakti Abu Salim merangkul kejuaraan kedua Piala FA setelah melakukannya kali pertama pada tahun 2000.

Manakala Kelantan yang dibimbing Datuk M. Karathu terus kempunan untuk menjulang Piala FA setelah percubaan kali pertama mereka pada 2009 dikecewakan oleh Selangor.

Pasukan Terengganu.

Beraksi di hadapan 85,000 penonton, kedua-dua pasukan mempamerkan rentak permainan seimbang dan saling berbalas serangan pada separuh masa pertama tetapi tiada banyak percubaan berbahaya terhasil.

Terengganu mendapat peluang terbaik pada minit ke-20 menerusi rembatan Abdul Hadi Yahaya dari dalam kotak penalti namun berjaya ditampan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.

Peluang terbaik Kelantan pula hanya hadir pada minit ke-40 tetapi percubaan Norshahrul Idlan Talaha dari sebelah kiri ditepis keluar penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli.

Bersambung babak kedua, kerancakan aksi pada enam minit pertama terganggu apabila lontaran mercun oleh penyokong Kelantan hampir terkena Sharbinee pada minit ke-51 dan permainan terpaksa dihentikan selama empat minit.

Lautan penyokong negeri masing-masing.

Hanya seminit selepas aksi bersambung, Joseph Kalang Tie melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti tetapi Khairul Fahmi tangkas menafikannya.

Pada minit ke-67, kesilapan Sharbinee menangkap kemas bola hampir dihukum penyerang gantian Kelantan, Ramzul Zahini Adenan tetapi sepakannya sempat dihadang keluar oleh Ismail Faruqi Ashari.

Akhirnya gol yang dicari Kelantan menjelma pada minit ke-78 apabila lorongan cantik pemain tengah, Shakir Shaari berjaya disudahkan dengan kuisan lambung oleh Nurul Azwan.

Bendera Kelantan.

Sikap tidak berputus asa para pemain Terengganu berbaloi apabila mereka berjaya mendapatkan gol penyamaan pada saat-saat terakhir separuh masa kedua.

Rembatan penyerang Terengganu, Abdul Manaf Mamat cuba dikeluarkan Daudsu di atas garisan gol tetapi pemain pertahanan Kelantan itu sekadar tertanduk bola ke gawang sendiri.

Pasukan Terengganu.

Ia sekali gus memaksa permainan berlarutan ke masa tambahan selama 30 minit. Pada minit ke-108, Ahmad Nordin muncul wira Terengganu apabila merembat masuk gol kedua pasukannya untuk memastikan kemenangan 2-1.

Dengan kejayaan itu, Terengganu berjaya mendapatkan slot untuk beraksi pada saingan Piala AFC 2012. Kapten Terengganu, Mazuki Yusof dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Keputusan akhir.

TERENGGANU: Sharbinee Allawee, Helmi Remeli, Mazuki Yusof (K), Mazlizam Mohamad, Zubir Azmi, Joseph Kalang Tie, Reeshafiq Alwi, Ismail Faruqi, Ashari Samsudin, Abdul Manaf Mamat, Abdul Hadi Yahaya.

KELANTAN: Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu Jamaludin, S. Subramaniam, Farisham Ismail, Zairul Fitree, S. Chanthuru, Shakir Shaari, Badhri Radzi (K), Nurul Azwan Roya, Izuan Solahuddin, Norshahrul Idlan Talaha.

Pengadil: Nafeez Abdul Wahab.

Saturday, June 11, 2011

PAUHnews: Pancung kepala rendam dalam minyak hitam

Petikan akhbar Metro hari ni 11hb Jun 2011.



PENAMPANG: Leher seorang mekanik ditetak bertalu-talu dengan parang sebelum dipotong hingga putus menggunakan pisau pemotong daging. Kepala itu kemudian dicelup ke dalam minyak hitam sebelum dimasukkan ke dalam guni oleh seorang pemandu jengkaut di sebuah bengkel kereta di Kampung Kandazon, Jalan Terawi, Putatan di sini, semalam.

BERMINYAK...kesan minyak hitam di tempat mangsa dibunuh.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, tubuh Asri Patahuddin, 37, yang tidak berkepala diheret 10 meter dari tempat kejadian sebelum disembunyikan dalam van rosak di bengkel berkenaan.



Sebelum kejadian, pemandu jengkaut berusia 30 tahun itu membersihkan halaman bengkel itu. Tiba-tiba dia yang membawa sebilah parang mendekati Asri yang ketika itu membaiki enjin sebuah kenderaan lalu menetak leher mangsa menyebabkannya rebah. 

SIASAT...anggota polis memeriksa mayat mangsa yang disorok di dalam van.

Lelaki terbabit kemudian bertindak lebih ganas dengan menetak leher mangsa berulang kali.

Dua rakan sekerja Asri yang melihat kejadian itu cuba menghalang tindakan ganas pemandu jengkaut itu, tetapi lelaki terbabit melibas parang beberapa kali ke arah mereka menyebabkan kedua-duanya melarikan diri.

Thursday, June 9, 2011

PAUHnews: Ruby Robot Penyelesai Rubik


Robot yang terpantas di dunia dalam menyelesaikan Kiub Rubik telah berjaya dibangunkan oleh para pelajar di Universiti Teknologi Swinburne.

Robot itu, yang diberi nama Ruby, dapat menyelesaikan masalah percaturan warna itu dalam masa hanya sedikit melebihi 10 saat, termasuk masa yang diambil untuk mengimbas status permulaan kiub itu. 


Ia dibina dari peringkat awal oleh enam orang pelajar sebagai projek tahun akhir mereka bagi mendapatkan ijazah berganda di dalam bidang Sarjana Muda Kejuruteraan (Robotik dan Mekatronik) dan Sarjana Muda Sains (Sains Komputer dan Kejuruteraan Perisian). 

"Ruby berfungsi dengan mengimbas setiap permukaan sesebuah kiub menerusi satu kamera web. Ia kemudian menggunakan sebuah perisian algoritma untuk merumuskan suatu penyelesaian yang disalurkan kepada robot yang berkelajuan tinggi itu menerusi satu sistem kawalan tertanam secara tepat masa," kata Professor Chris Pilgrim, Timbalan Dekan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi.


"Gabungan kepakaran para pelajar itu di dalam bidang robotik dan kejuruteraan perisian telah membolehkan mereka untuk membina sebuah robot yang mempunyai sistem pengesanan penglihatan komputer yang pantas yang berupaya melakukan pergerakan yang sangat bertepatan.”

Pasukan itu terdiri daripada pakar komputer yang kembar seiras David dan Richard Bain, Daniel Purvis, Jarrod Boyes, Miriam Parkinson dan Jonathan Goldwasser.


Mereka telah mengemukakan permohonan agar kemahiran Ruby di dalam menyelesaikan Kiub Rubik itu diiktiraf oleh Guinness World Records. Rekod dunia bagi manusia pada masa ini untuk Kiub Rubik berukuran 3×3×3 dipegang oleh Feliks Zemdegs yang mempunyai catatan masa terbaik 6.24 saat yang dilakukan pada Terbuka Kubaroo pada 2011.


Setakat Oktober 2010, robot yang paling pantas dapat menyelesaikan Kiub Rubik, yang diberi nama Cubinator, berupaya melengkapkan percaturan warna Kiub Rubik itu dalam masa 18.2 saat.

Robot itu akan mempamerkan aksinya pada Hari Terbuka Swinburne pada 21 Ogos ini.

Wednesday, June 8, 2011

PAUHnews: Lintah raksaksa menyerang Jawa Tengah

Akhbar KOSMO hari ini 7hb Jun 2011.

Filem yang berkongsi tajuk yang sama.

DEMAK - Penduduk di Desa Timbul Sloko, Demak, di Jawa Tengah kini berada dalam kebimbangan ekoran serangan lintah raksasa di kawasan berair dan jalan yang basah akibat hujan, lapor akhbar dalam talian, Kompas.com semalam.

Seorang penduduk kampung itu, Satiman, 36, berkata, bentuk lintah tersebut kelihatan berbeza dengan lintah darat.

Ratusan haiwan tersebut muncul selepas banjir kilat surut.

STengok, tak sakit pun, kata Satiman semalam.

Menurut Satiman, kehadiran lintah yang bersaiz lima kali ganda daripada biasa itu menyebabkan penduduk kampung buntu untuk mencari cara bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Lintah darat jenis hisap darah.

Ketua Tentera Daerah Kecil Sayung, Arief Sudaryanto berkata, lintah yang sama turut ditemui di Desa Sidogemah dan Sriwulan.

Dia menjelaskan bahawa jenis lintah itu belum diketahui tetapi penduduk kampung tidak perlu bimbang kerana ia tidak membahayakan mereka.

Ini ke lintah raksaksa itu? Haha!

Seorang lagi pegawai tentera, Kapten Bambang Susilo berkata, penduduk kampung tidak perlu takut kerana lintah tersebut tidak menghisap darah.

"Sudah 15 minit ia melekat di tangan, lintah ini tidak menggigit saya," katanya

Tuesday, June 7, 2011

PAUHjoke: Akhirnya lipas yang dapat nama!


Pada suatu ketika, seorang tok batin orang ulu telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya tok batin orang ulu tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.


Suatu hari anak tok batin tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Pada masa yang sama ramai anak buah tok batin kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.


Maka tok batin tu pun konon nak tunjuk pandai lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.


Entah macam mana ada pulak bangkai seekor lipas di celah-celah tempat bateri tu beliau pun dengan bangganya memberitahu kepada anak-anak buahnya,

"Oooo, patutlah tak jalan jam ni, drebarnya mati tershepittttt ni haa!!".