Tuesday, May 31, 2011

PAUHnews: Barbican Minuman Malta Halal

 Petikan dari akhbar Harian Metro 31 Mei 2011, "KAMI KERUGIAN".



 
KUALA LUMPUR: “Sebagai seorang Islam tidak mungkin kami menjual minuman tidak halal kepada saudara seagama,” kata Pengarah Suria Wholesaler Sdn Bhd, Ahmad Al Yateem, pengedar minuman malta berjenama Barbican yang dikaitkan dengan bir halal yang kini dipersoalkan kandungan alkohol di dalamnya.

BUKTI, Ahmad menunjukkan sijil halal yang diperoleh daripada IFRC Asia.

Ahmad berkata, jualan Barbican yang sudah berada dalam pasaran tempatan sejak enam tahun lalu terjejas teruk sejak timbul isu minuman bir halal mempunyai kandungan alkohol sehingga 0.5 peratus melebihi kadar yang dibenarkan untuk pengguna Islam.

 Menurutnya, Barbican tidak pernah dilabelkan sebagai bir halal selama ini sebaliknya hanya minuman malta berperisa buah-buahan.

Kandungan Barbarican.

“Bagaimanapun sejak isu itu timbul banyak media menggunakan gambar Barbican sehingga mengelirukan pengguna.
 
“Saya ingin tegaskan Barbican tidak mengandungi alkohol malah anda boleh temui minuman ini dijual di Masjidil Haram di Makkah untuk umat Islam di sana,” katanya.


Ahmad berkata, Barbican dikeluarkan syarikat Aujan Industries Co yang berpusat di Dubai dan dipasarkan di seluruh negara Arab selain Asia serta Eropah untuk pengguna Islam.

 “Kami mempunyai sijil daripada Kementerian Kesihatan Dubai, sijil untuk eksport dan sijil halal daripada Islamic Food Research Centre Malaysia & Asia Region (IFRC Asia). Kami sama sekali tidak menjual minuman yang mengandungi alkohol kepada umat Islam.
 

Dia bagaimanapun mendakwa isu itu mungkin timbul disebabkan persaingan berikutan Barbican semakin menjadi pilihan umat Islam di negara ini.
 
“Saya tidak tahu sama ada minuman yang dikatakan bir halal yang dijual di sini mengandungi alkohol atau tidak tetapi apabila ada pihak mengaitkan dakwaan itu dengan Barbican sudah tentu ia menjejaskan perniagaan kami.


“Isu ini mungkin juga disebabkan persaingan namun saya tidak mahu menuduh sesiapa dan pada masa sama saya juga merancang untuk bertemu pihak Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) bagi menyelesaikan kekeliruan ini,” katanya.



Link berkaitan dengan tajuk di atas:

Sunday, May 29, 2011

PAUHnews: Lagi kejadian roti bertaburan di jalanraya!

Petikan dari SINAR HARIAN 29 Mei 2011, Lori Bawa Roti Terbalik.



 Orangramai berpusu-pusu mengambil roti setelah sebuah treler roti terbalik di tepi jalan di Setiu, Terengganu.

SETIU – Bagaikan pesta roti! Itulah gambaran yang dapat dibuat apabila orang ramai dan penduduk kampung memenuhi tepi jalan utama berhampi­ran­ Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lerek untuk mengambil roti, setelah treler yang membawa muatan roti terbalik, awal pagi kelmarin.




Tinjauan Sinar Harian ke tempat kejadian mendapati, orang ramai tidak berganjak dan menunggu untuk mendapatkan roti walaupun dalam keadaan cuaca panas, malah ada sesetengahnya membawa plastik besar untuk mengisi roti.


Menurut pemandu treler, Mustapha Abdul Rahman, 54, kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.50 pagi itu umpama mati hidup semula baginya apabila treler yang dipandu terbabas dan terbalik di bawah cerun setelah dia terlelap.


Dulu lori Gardenia yang terbalik, kali ini lori High 5 pula. Agaknya orang memang pantang tengok barang percuma di depan mata, tak kira status  pemilikan itu nanti samada halal atau haram. Harapnya tokey kilang halalkan semuanyalah!



Link berkaitan tentang makanan bertaburan sebelum ini!

Saturday, May 28, 2011

PAUHnews: Bir Halal?

Petikan dari Harian Metro Sabtu 28 Mei 2011.



JOHOR BAHRU: Mengejutkan apabila ujian makmal yang dijalankan terhadap minuman yang popular sebagai `bir halal’ di kalangan pengguna Islam dikesan mengandungi alkohol pada kadar melebihi jumlah dibenarkan syariat.

Penemuan kandungan alkohol sebanyak 0.5 peratus itu terbongkar selepas pengguna yang meragui minuman itu membuat aduan kepada Jabatan Agama Johor (JAJ) dengan membawa sendiri ‘bir halal’ itu untuk dianalisis, seterusnya mendapatkan kepastian.

Menurut sumber, JAJ kemudian menghantar sampel minuman ke Jabatan Kimia untuk pengesahan dan hasil ujian makmal yang dijalankan mendapati bir halal diperbuat daripada pelbagai perisa buah-buahan itu mengandungi 0.5 peratus kandungan alkohol.
“Berikutan penemuan itu, JAJ memaklumkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) untuk tindakan selanjutnya.

“JAJ perlu memaklumkan penemuan itu kepada Jakim kerana difahamkan minuman itu menjadi kegemaran ramai dan selama ini dianggap halal. KDRM pula perlu mengambil tindakan lanjut kerana minuman itu diimport dari luar negara,” katanya.

Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin (gambar) ketika mengulas perkembangan itu berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus.


“Makanan atau minuman disahkan halal jika terdapat kandungan alkohol tidak melebihi 0.01 peratus. Ulama bersepakat menetapkan jumlah alkohol dengan kuantiti itu kerana ia boleh terhasil dalam makanan dan minuman secara semula jadi.

“Kuantiti itu amat kecil dalam kebanyakan buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan. Ia bukan najis dan boleh dimakan atau diminum umat Islam,” katanya.

Sementara itu, sumber Jakim berkata, kebanyakan pengguna Islam yang gemar minum minuman itu mungkin tidak menyangka kewujudan alkohol dalam minuman itu berikutan ia dikilang dan diimport dari negara Islam di Timur Tengah.





Menurutnya, tambah meyakinkan apabila label pada luar produk berkenaan tertera tulisan minuman itu bebas alkohol dan hadir dalam pelbagai jenis perisa buah-buahan.

“Ia mula popular sejak lebih setahun lalu di kalangan masyarakat apabila minuman botol itu mudah diperoleh di kedai runcit, restoran termasuk kafe pada harga antara RM3 hingga RM5 sebotol.

“Persoalan bagaimana alkohol ini wujud dalam minuman ‘halal’ berkenaan masih dalam siasatan berikutan ia berkemungkinan di kilang di dalam bangunan sama dengan minuman keras,” katanya.

Wednesday, May 25, 2011

PAUHauto: BMW 328 Hommage


BMW has unveiled an all-new concept car at the Villa d’Este Concours in Italy. Called the 328 Hommage, the two-seater sports car is designed to celebrate the 75th anniversary of the BMW 328 racecar.


"With the BMW 328 Hommage, we wish to pay homage to the passion and inventiveness of the fathers of the BMW 328", explains Karl Bäumer, CEO of BMW Group Classic. "They created an icon, which is considered a milestone in the history of the automobile."


The roadster features trademark BMW styling cues and gets retro-inspired design touches like the asymmetric windscreen and bonnet mounted leather straps.
 

The lightweight 328 original weighed just 780kgs and BMW has concentrated on keeping weight down in the Hommage. 


The body is made from carbon-reinforced plastic – the same material used in the i3 electric car – and the stripped out cabin is simple and driver-focused.
 

Underneath the bonnet, is a 3.0-litre straight-six engine but BMW hasn’t revealed any official statistics or performance figures.
 

The 328 Hommage is unlikely to make production, but expect to see BMW’s future models – including the i8 hybrid supercar – getting a look inspired by the newcomer.

Sunday, May 22, 2011

PAUHnews: Tanah Runtuh, 16 terbunuh 9 selamat di Rumah Anak Yatim

Antara mangsa yang ditemui.

Kajang 22 May 2011 - Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat.

Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam, berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

Kawasan Baru 14 Hulu Langat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang Supt Azman Ayob ketika memberikan perkembangan terkini mengenai insiden itu kepada pemberita di lokasi kejadian pagi ini berkata mangsa yang terkorban dalam tragedi itu ialah 16 orang manakala sembilan mangsa yang terperangkap selamat.

Keadaan bangunan yang tertimbus.

Mangsa yang meninggal dunia di bawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat, katanya.

Bantuan diberikan oleh pelbagai pihak.

Azman berkata lokasi mangsa yang berada berdekatan antara satu sama lain membantu memudahkan usaha mencari dan menyelamat.
















Pasukan mencari dan menyelamat membabitkan seramai 754 anggota daripada pelbagai agensi bantuan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), pasukan Smart, tentera 4 Divisyen, Pasukan Gerakan Am (PGA) dan St John.


SENARAI NAMA 25 MANGSA

Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat semalam.

Bantuan diberikan oleh pelbagai pihak.

Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap.

Senarai nama mangsa :

1) Azrel, 8,
2) Nael, 8,
3) Shahrul, 9,
4) Boboy, 10,
5) Farid, 34,
6) Zaim *
7) Angah * 
8) Rahimi *
9) Zaid Ashwal, 18,
10) Riz, 9,
11) Lokman, 11,
12) Fahad, 9,
13) Aiman, 10,
14) Hazim, 9,
15) Mustakim *
16) Hasril, 11,

Antara mereka yang terkorban semalam.


Sembilan yang terselamat:

1) Khairul, 9,
2) Hairis *
3) Harris *
4) Akmal *
5) Aizat *
6) Alaudin *
7) Irwan, 33,
8) Din, 30,
9) Syafiq, 23,

* umur tidak diketahui


Bantuan diberikan oleh pelbagai pihak.

Sembilan mangsa kejadian tanah runtuh Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Batu 14, Hulu Langat dekat sini yang sebelum ini dirawat di unit kecemasan Hospital Ampang telah dipindahkan ke wad biasa.

Kerja-kerja mencari sedang dijalankan.

"Semua sudah dipindahkan ke wad (biasa) ataupun menjalani pembedahan di Dewan Bedah, namun jumlahnya tidak dapat dipastikan berapa yang ke wad dan berapa yang mula dibedah," kata petugas di unit kecemasan hospital itu.

Kerja-kerja mencari mereka yang masih tertimbus.

Runtuhan tanah dari bukit berdekatan kawasan rumah dikatakan menimbus keseluruhan khemah itu yang terletak di luar rumah anak yatim itu, yang terletak di lereng bukit.

Keluarga mangsa menunggu di hospital.

Sementara itu, di perkarangan jabatan forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), di mana mayat mangsa korban tragedi dihantar bagi bedah siasat, pula dipenuhi dengan ahli keluarga, waris dan saudara-mara mangsa.



Marilah kita berdoa dan menyedekahkan Al-Fatihah untuk semua yang terlibat.


Amin!



** Sumber berita dan gambar adalah dari pelbagai pihak termasuk rakan-rakan, pihak media dan internet.

Friday, May 20, 2011

PAUHauto: New MINI 'Mini'


It’s the car that fans of the original Mini have been waiting for – and it could be the biggest-selling new MINI yet. With stringent emissions regulations and spiralling petrol prices, the demand for compact cars is going through the roof.
 
And the new baby MINI is set to head a new breed of penny-pinching small cars that prove you don’t have to sacrifice style and driving fun for low running costs. Based on the Rocketman concept, the ‘mini’ MINI will expand the burgeoning brand even further.


It will create a new entry point and mark the beginning of a new era, too, with a range of three-cylinder engines on offer, lightweight materials throughout and an all-electric version in the pipeline.

The images show how the pint-sized production car is likely to look – and all those who have been waiting patiently for a true successor to the Sixties model will be pleased to see this car’s tiny footprint on the road. The ‘mini’ MINI is only 40cm longer and 50cm wider than the original, and engineers are intent on making the production car no bigger than the concept.


It will make the most of every inch available to it, though, with a space-saving 3+1 seating layout similar to the Toyota iQ’s. While there will be seats for four, the chair behind the driver will only be suitable for short trips. However, the instrument cluster moves backwards and forwards with the steering wheel to boost room when necessary.


Carried over from the concept will be the dual-function boot, which features a conventional compartment accessed via a hatch with a drawer-like storage area underneath. The centrally mounted ‘Coke can’ exhaust is also slated for production. Predictably, however, the concept’s Union Jack glass roof will make way for a more conventional metal top. Plus, the concept’s three-dimensional ‘handlebar’ rear lights will be replaced by simpler clusters fitted flush into the bodywork.
  
The next MINIs to go on sale will be the CoupĂ© and Roadster in 2012. Expect the ‘mini’ MINI to arrive in 2014 – the same time that the next-generation hatch is due.

Thursday, May 19, 2011

PAUHinfo: Mengantuk memgantuk mengantuknya!


Jika anda sudah tidur berjam-jam tapi masih terasa mengantuk, maka anda perlu waspada adanya penyakit di dalam tubuh anda. Rasa mengantuk merupakan tanda yang diberikan tubuh agar anda beristirehat, yang biasanya datang di malam hari atau ketika letih.

Namun keadaan tertentu dapat membuat orang selalu merasa mengantuk, bahkan di waktu kerja. Apa penyebabnya? berikut beberapa penyebab yang membuat orang selalu mengantuk sepanjang hari:


1. Anemia (kurang darah)



Anemia merupakan penyebab utama rasa mengantuk sering datang. Kekurangan darah menyebabkan kurangnya zat besi, sel darah merah yang diperlukan untuk membawa oksigen ke jaringan dan organ tubuh pun berkurang, sehingga menyebabkan orang sering merasa mengantuk.


2. Hipotiroid (menurunnya pengeluaran hormon tiroid)



Tiroid adalah kelenjar kecil di dasar leher, yang berfungsi mengawal metabolisme dan kecepatan mengubah bahan bakar menjadi tenaga. Ketika kelenjar kurang aktif dan fungsi metabolisme terlalu lambat, orang boleh merasa badan lesu dan selalu mengantuk.

3. Diabetes



Glukosa adalah bahan bakar dari tenaga yang dilepaskan dalam sel-sel keranana adanya oksigen. Orang dengan diabetes memiliki tingkat glukosa darah yang tinggi, kerana tubuh tidak dapat menggunakan glukosa ini untuk menyediakan tenaga. Oleh kerana itu, individu dengan diabetes mengeluh merasa letih dan mengantuk sepanjang waktu.


4. Dehidrasi



Keletihan dan mengantuk boleh merupakan kesan kepada dehidrasi. Segeralah cukupkan keperluan air dalam tubuh agar selalu merasa segar dan bersemangat.


5. Depresi



Depresi bukan hanyan gangguan emosi tetapi juga banyak menyebabkan gejala fizikal. Keletihan, selalu mengantuk, sakit kepala dan kehilangan nafsu makan adalah salah satu gejala yang paling umum pada orang yang mengalami depresi.


6. Gangguan tidur



Gangguan tidur seperti sleep apnea dan insomnia juga dapat menyebabkan perasaan keletihan dan mengantuk terus-menerus. Tidur digunakan untuk mengfungsikan tubuh kembali, sel-sel tubuh memperbaiki dan meremajakan diri.

Sementara pada orang yang menderita kurang tidur kerana insomnia, sleep apnea, maka sistem pernafasan akan terhambat sehingga sering menyebabkan keletihan dan mengantuk.



7. Penyakit jantung



Ketika anda mudah merasa letih dan mengantuk dalam melakukan kegiatan sehari-hari, sebaiknya anda harus memastikan bahawa jantung anda dalam keadaaan yang baik, kerana selalu mengantuk boleh menjadikan pertanda awal penyakit jantung.


8. Sindrom keletihan kronik



Letih biasanya segera hilang ketika anda sedang istirehat. Tapi untuk sindrom keletihan kronik (chronic fatigue syndrome), letih tidak cepat hilang dan biasanya dikesan dengan kelesuan, mengantuk, cepat marah, nyeri otot dan dalam beberapa kes terjadi hilangnya akal.