Maaflah! Mesti tertanya-tanya mana PAUHatsu hilang 4-5 hari ni tanpa sebarang "posting". Adalah beberapa hal penting yang kena selesaikan dahulu.
Sambil-sambil itu aku ada membuat bacaan dan semakan di internet tentang perkara yang ada kena mengena dengan kegilaan sesetengah geng-geng di Malaysia ini terutama pemilik K-Kar (Kei-car) yang suka menampal logo atau lambang dari Jepun ini pada kenderaan masing-masing.
Logo, lambang atau simbol pelekat kenderaan dari Jepun ini amat kiut dan memiliki warna serta bentuk yang menarik. Akhir-akhir ini makin banyak kereta di Malaysia yang melekatkan logo-logo ini dicermin belakang kenderaan mereka. Sebab utama adalah kerana ianya comel dan bukan dari negara kita!
Tapi tahukah apa maksud disebalik logo tersebut? Bagaimana untuk menyebutnya? Mari kita lihat dibawah ini bersama berdasarkan apa yang PAUHatsu temui di alam siber ini.
1. Logo OREN KUNING
Logo ini bermaksud kenderaan ini dipandu oleh warga emas.Warga tua yang di maksudkan ialah mereka yang berumur 70 tahun ke atas.
Jika anda terserempak kenderaan di Malaysia ini berpelekat tersebut, maka pemandunya sepatutnya orang yang telah lanjut usia.
初心運転者標識
(しょしんうんてんしゃひょうしき)
syosin untensya hyousiki)
Logo ini bermaksud kenderaan ini dipandu oleh pemandu baru. Jika di Malaysia ianya bersamaan dengan pemegang lesen "P".
Di Jepun, mereka yang baru mendapat lesen memandu mesti menayangkan pelekat ini di kenderaan mereka selama setahun.
Maka dengan adanya pelekat ini, pemandu lain boleh mengelak dari bertembung dengan pemandu junior ini.
3. Logo BIRU seperti bentuk BUNGA
身体障害者標識
(しんたいしょうがいしゃひょうしき)
(sintai syougaisya hyousiki)
Logo ini sebenarnya bermaksud pemandu kenderaan ini terdiri dari mereka yang kurang upaya atau OKU.
Jika ditempat kita logo ini ditunjukkan sebagai orang yang menaiki kerusi roda.
Kenapa ada ekor payung atau tangkai di bawahnya? Maaf! Itu PAUHatsu belum habis siasat lagi.
4. Logo HIJAU KUNING RAMA-RAMA
聴覚障害者標識
(ちょうかくしょうがいしゃひょうしき)
Logo ini bermaksud pemandu kenderaan ini terdiri dari mereka yang kurang pendengaran atau pekak.
Anda boleh menekan hon sebanyak mungkin tetapi pemandu jenis ini mungkin tidak mendengar bunyian tersebut.
Ada beberapa lagi logo yang digunapakai di Jepun. Tetapi belum dapat informasi yang cukup lagi. Harap-harap bersambung lagilah cerita tentang stiker logo Jepun ini!




0 comments:
Post a Comment