Monday, October 31, 2011

PAUHinfo: Najis jadi kopi berharga!


Tidak berapa lama dulu (rasanya bulan Julai 2011) pernah keluar satu berita tentang kopi tahi musang (atau kopi luwak panggilan orang tempatan) oleh JAKIM tentang status halal atau haram jika meminum kopi ini.


Walaupun aku bukan penggemar kopi tapi terlintas juga dikepala bila memikirkan ada juga orang yang sanggup minum kopi yang telah menjadi najis seekor musang. Bukan murah harga kopi ini kerana ianya antara kopi yang mahal nilainya di dunia. Nak tahu haram ke tidak, buat carian menggunakan perkataan "KOPI TAHI MUSANG"! Cuba klik, mesti jumpa!




TERBARU!



30/10/2011 LIPA, Filipina - Seorang petani, Rustico Montenegro di sini mencari najis musang yang mengandungi biji kopi untuk dikumpulkan dan dibersihkan sebelum dijual kerana harganya yang tinggi.


Montenegro yang berusia 44 tahun dan isterinya memperoleh pendapatan sehingga AS$230 (RM704.83) sehari semasa bulan Mac hingga Mei hasil daripada usaha mereka itu.

Najis musang yang mengandungi biji kopi itu dibeli oleh dua pedagang biji kopi, Vie Reyes dan Basil Reyes untuk dieksport ke luar negara untuk dijadikan minuman.


Kopi najis musang itu dijual AS$7 (RM21.45) satu cawan di kafe di Manila.

Namun, di Amerika Syarikat (AS), laman web Kopi Herloom di Massachusetts menyatakan dua cawan kopi daripada kopi najis musang dari Filipina, Indonesia dan Vietnam dijual pada harga AS$49 (RM150.16).


Di New York, sebuah kedai kopi menjual biji kopi tersebut pada harga AS$340 (RM1,041) satu kilogram.

Musang yang tinggal di atas pokok itu memakan biji kopi sebelum mengeluarkannya menerusi najis.


Enzim dan asid dalam sistem penghadaman musang menghilangkan rasa pahit biji kopi dan memberikan ia aroma buah dan rasa yang tersendiri.

0 comments:

Post a Comment