Tuesday, September 20, 2011

PAUHinfo: RENGIT lubuk ‘RINGGIT’ barang terpakai


Papan tanda yang menandakan anda sudah berada di "lubuk" tersebut.

RENGIT, BATU PAHAT - Orang luar yang melawat daerah Rengit dekat sini pasti diajak untuk menjengah seketika ke Kampung Orang Asli Bumiputera Dalam.

Pintu gerbang ke lot kedai di tapak baru.

Bagi yang kurang mengenalinya mesti tertanya-tanya, apa yang menariknya di perkampungan tersebut? Kalau setakat ingin berkenalan dengan Orang Asli, kawasan lain pun ada.

Peta kedudukan Rengit di Johor.

Sebenarnya kawasan Orang Asli di situ amat istimewa kerana apabila anda menyusuri jalan di kawasan yang sedikit selerak itu, pelbagai barangan terpakai dapat dilihat.

Gambar sewaktu berkunjung ke Rengit.

Operasi perniagaan bermula seawal pukul 10 pagi dan berlanjutan sehingga 4 pagi setiap hari dengan deretan kenderaan yang masuk ke situ bertambah pada waktu petang.

Suasana sekitar kedai-kedai yang menjual barangan terpakai.

Hampir 40 pilihan kedai menjual barangan terpakai di situ dan suasananya semakin sibuk menjelang malam apabila bilangan pengunjung semakin bertambah.

Inilah lot kedai di tapak baru yang lebih tersusun.

Malah, suasana sesak itu sentiasa dapat dilihat pada cuti hujung minggu dan hari kelepasan am.

Antara kedai yang menjual barangan tersebut.

Sebut sahaja apa jenis barangan yang diinginkan seperti perkakasan atau perhiasan rumah, kelengkapan pejabat, barangan elektrik dan mainan kanak-kanak semuanya ada, pengunjung hanya perlu menyediakan wang sahaja.

Seorang kanak-kanak sedang mencuba sebuah kereta mainan terpakai.

Meskipun barangan yang dijual adalah barangan terpakai, namun ia masih elok kerana kebanyakan peniaga telah membaik pulihnya sebelum menjual semula.





Antara barangan yang dijual adalah perabot, perkakas elektrik, mainan dan banyak lagi.

Barangan tersebut bukan sahaja dijual pada harga murah seperti set televisyen 43 inci dijual pada harga RM700, malah set kerusi jati dan sofa diperbuat daripada kulit turut boleh didapati dengan harga RM700.

Pembeli kena pandai memilih kualiti barangan sebelum membeli.

Lebih menarik, harga yang ditawarkan itu bukan harga ‘mati’ tetapi masih boleh dirunding mengikuti kebijaksanaan pembeli.

Harga memainkan peranan penting dalam tawar-menawar barangan yang hendak dibeli di sini.

Hampir keseluruhan barangan yang dijual oleh peniaga di situ diambil daripada para pembekal dari Singapura.

Penat membeli, tiba masa untuk pulang dan kembali semula kelak.

Dua minggu sekali atau sebulan empat kali, peniaga di perkampungan berkenaan akan menyeberang Tambak Johor untuk mendapatkan bekalan daripada pembekal di negara jiran berkenaan.

No comments:

Post a Comment