Thursday, September 29, 2011

PAUHinfo: Basikal Fixie, Cantik Vs Selamat!



BERJIWA muda, lengkap berkaca mata hitam, berseluar ketat dan berselipar. Inilah antara kelengkapan yang lazim dipakai remaja masa kini yang menjadikan aktiviti berbasikal untuk beriadah.


Sejak kebelakangan ini dapat dilihat aktiviti berbasikal yang dinamakan 'fixie' atau 'prewel mati' menjadi kegilaan dan ikutan remaja.


Difahamkan basikal ini tidak mempunyai sistem asas sesebuah basikal iaitu sistem brek yang kebiasaannya ada pada setiap basikal.


Menunggang dengan peralatan keselamatan seperti helmet dan lampu juga tidak dititikberatkan malah lebih memeranjatkan apabila kebanyakan daripada penunggang 'fixie' ini terdiri daripada pelajar sekolah. 


Menurut seorang penunggang basikal ‘fixie’, basikal ini boleh didapati secara meluas di kedai basikal dengan harga yang sangat murah. Kepelbagaian warna adalah salah satu cara untuk menarik minat pembeli.


Ditanya mengapa tidak memasang sistem brek pada basikal, beliau menjawab ia adalah ‘trend’ baru, teknik memijak tayar belakang basikal ialah cara untuk memperlahan atau memberhentikan basikal ‘fixie.’


Apa-apapun tungganglah basikal dengan betul. Berhati-hati ketika menunggang dan ikutlah peraturan. Semua ini adalah untuk melindungi diri penunggang juga. Betul? Sendiri mahu ingatlah!

0 comments:

Post a Comment