Tuesday, July 26, 2011

PAUHinfo: Sejarah wang syiling di Malaysia 1967-2012


SYILING GELOMBANG PERTAMA 1967

1 sen

Wang syiling pertama telah diperkenalkan pada tahun 1967 dalam nilai 1 sen, 5 sen, 10 sen, 20 sen, 50 sen, dan di ikuti dengan penghasilan wang syiling 1 ringgit dimana ianya diteruskan dengan mnggunakan simbol “$” merupakan wang syling yang terbesar dalam sirinya pada 1971.

5 sen

Pada asalnya kesemua wang syiling dicetak hampir sama dibahagian depan dan belakang. dan yang membezakannya adalah diameter syiling tersebut. Dibahagian belakang syiling telah diukir gambar ukiran bangunan Parlimen serta ukiran bulan sabit dan bintang seperti yang terdapat di dalam bendera Malaysia diatas ukiran Parlimen tersebut.

10 sen

Kesemua wang syiling telah dibuat daripada bahan berunsur cupronikel (campuran tembaga dan nikel) kecuali wang syling 1 sen dimana ianya dibuat daripada bahan berunsur gangsa disekitar tahun 1967 hingga 1972. Selepas itu, ianya diikuti dengan logam yang disaluti lapisan tembaga pada tahun 1978 ke atas.

20 sen

Wang syiling 50 sen merupakan satu-satunya wang syiling dalam siri ini yang telah dibuat perubahan kecil pada bahagian sisinya dengan memasukkan tulisan Bank Negara Malaysia pada tahun 1971.

50 sen

Pembuatan syling pada siri yang pertama telah dibekukan pada tahun 1989 apabila siri kedua wang syling telah diperkenalkan. Namun begitu, wang syiling ini telah dikekalkan penggunaanya sehingga tahun 2008, tetapi jumlahnya telah menurun sejak tak tahun 1990.

1 ringgit

Wang syiling $1 telah berubah sejak wang syiling $1 siri kedua diperkenalkan pada 1989.



SYILING GELOMBANG KEDUA 1989

1 sen

Wang syiling siri kedua telah diperkenalkan pada penghujung tahun 1989. Pada siri kedua ini, wang syiling telah direkabentuk semula dibahagian hadapan dan belakangnya, tetapi rekabentuk dibahagian sisi, diameter dan bahan yang digunakan untuk membuat wang syiling seperti pada siri sebelumnya iaitu pada tahun 1989 dikekalkan kecuali wang syiling 1 ringgit.

5 sen

Perubahan yang berlaku pada wang syiling ini adalah ukiran bunga raya (bunga kebangsaan Negara Malaysia) dimasukkan dibahagian atas permukaan hadapan wang syiling dan ukiran gambar peralatan tradisianal kaum melayu dibahagian belakang wang syiling tersebut.

10 sen

Hanya wang syiling 1 ringgit mengalami perubahan pada keseluruhan bahagian pada wang tersebut. Disamping mengubah pada bahagian hadapan dan belakang wang syiling tersebut, saiz diameter wang syiling tersebut telah dikurangkan dari 3mm kepada 24mm dan ianya telah dibuat daripada unsur alloy (campuran tembaga, zink, dan timah) berbanding pada siri sebelumnya dimana ianya dibuat daripada unsur tembaga dan nikel.

20 sen

Simbol “$” tetap dimasukkan pada wang syiling baru ini tetapi ianya dipanggil “RINGGIT” untuk wang syiling ini dari tahun 1993 keatas. Pada 7 Disember 2005 wang syiling 1 ringgit telah dihentikan penggunaannya berikutan timbulnya masalah pemalsual wang syiling.

50 sen

Pada 1 April 2008, sistem bundar telah digunakan kepada 5 sen yang terdekat hanya untuk pembayaran bil sahaja yang telah dikuatkuasakan dan diumumkan pada tahun 2007 oleh Bank Negara Malaysia dengan tujuan untuk mengatasi masalah tiada lagi penggunaan wang syiling 1 sen.

$ 1

Ringgit 1

Harga barangan keperluan yang dijual dalam gandaan 1 sen telah dibundarkan ke 5 sen yang terdekat. Sebagai contoh, jika barangan yang dibeli berharga RM4.88 dan RM3.14, jumlah harga kedua barangan bernilai RM8.02. Maka ianya dibundarkan kepada rrm8.00. tetapi jika jumlah harga barangan tersebut bernilai RM8.05, maka harga tersebut akan dikekalkan.




SYILING GELOMBANG KETIGA 2012

Perbandingan saiz syiling baru dan lama

Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan mula berada dalam edaran bermula awal tahun depan, 2012. Duit syiling peringatan telah dilancarkan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen seperti dalam gambar-gambar di atas dan yang terdapat di bawah.


Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling siri baharu ini. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.

Barisan syiling terbaru

Antara keunikan yang terdapat dalam siri baharu duit syiling Malaysia yang bakal diedarkan pada 2012 ini ialah:

  • Siri baharu duit syiling ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya.
  • Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan.
  • Duit syiling baharu ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan.
  • Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.



Bahagian Hadapan Duit Syiling

Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara.

Motif bagi setiap denominasi adalah seperti yang berikut:



Bahagian Belakang Duit Syiling


Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan ‘Bank Negara Malaysia ‘sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.

1 comment: