
Hari ini berita di TV dan akhbar sibuk menyiarkan bahawa kerajaan kita mewajibkan semua kawasan perumahan yang baru dan restoran-restoran menyediakan akses internet. Kepada yang ingkar, lesen tidak akan diperbaharui. Benarkah begitu?

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Pulau Langkawi, Menteri Teknologi dari Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang cuba menunjuk kehebatan negara masing-masing.
Menteri Jepun: Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak cip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.
Menteri AS: Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.
Menteri Malaysia: Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.
Lalu dipanggilnya 2 orang tukang untuk segera menggali tanah di situ. Setiap 7 meter kedalaman, kedua-dua tukang tadi akan naik membeli laporan kepada si Menteri Malaysia. Setelah menggali sehingga kedalaman 70 meter, kedua tukang tadi pun naik ke atas untuk ke 10 kalinya.
Maka setiap kali itulah Menteri tadi menyoal perkara yang sama sambil disaksikan oleh menteri dari Jepun dan AS tadi.
Menteri Malaysia: Ada kamu berdua jumpa apa-apa?
Tukang gali: Tak jumpa apa-apa pun, Dato.
Menteri Malaysia: KABEL TELEFON pun tak ada?
Tukang gali: Memang tak ada Dato!
Sambil menjeling bangga pada menteri Jepun dan Amerika, lalu Menteri dari Malaysia pun berkata...
Menteri Malaysia: Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS! See, no wire!

0 comments:
Post a Comment