Thursday, July 29, 2010

PAUHauto: Ferrari World Abu Dhabi


Ferrari is promising all the fun of the fare at its new Abu Dhabi theme park. Located on Yas Island, along with the Abu Dhabi Formula 1 track, the attraction will become the largest indoor theme park in the world when it opens on 28th October.


The 200,000-square-metre red roof houses more than 20 rides, including the four dimensional Speed of Magic journey and the Formula Rossa rollercoaster which will hit speeds of up to 150mph.


Other highlights incude Made in Maranello, which offers a virtual tour of the Ferrari factory, the Fiorano GT Challenge, which is a unique duelling rollercoaster with Ferrari F430 Spiders; and the Bell’Italia – a miniature recreation of Italy’s most famous locations, including Portofino and the Amalfi Coast, the Monza racetrack, the Colosseum in Rome, Venice and Maranello.

Sunday, July 11, 2010

PAUHauto: Mitsubishi Evolution 1 to 10


Flush with success from its Galant VR-4 and hungry for WRC victory, Mitsubishi determined in 1990 that further success would require a new platform. To that end, Mitsubishi engineers started with VR-4’s proven drivetrain and shoehorned it into the lighter, smaller Lancer chassis and the Evolution 1 was born.


1992 Lancer EVO I


Engine All Aluminum, 4G63 Inline-4



1993 Lancer EVO II


Engine 4G63 Inline-4



1995 Lancer EVO III


Engine 4G63 Inline-4



1996 Lancer EVO IV


Engine 4G63 Inline 4



1997 Lancer EVO V


Engine Turbocharged Inline-4



1999 Lancer EVO VI


Engine All Aluminum, 4G63 Inline-4



2001 Lancer EVO VII


Engine 4G63 Turbocharged Inline-4



2003 Lancer EVO VIII


Engine Turbocharged 4G63 Inline-4



2006 Lancer EVO IX


Engine Cast Iron Inline-4



2007 Lancer EVO X

Turbo charged Engine Cast Iron Inline-4

EVO 10 used by Royal Malaysian Police.

The Mitsubishi Lancer Evo X FQ-400 is the fastest and most extreme version of Mitsubishi's motorsport derived machine. With 403bhp and 387lb.ft of torque on offer from its advanced, lightweight aluminium 2.0-litre turbocharged MIVEC (Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control) petrol engine the FQ-400 is able to reach 62mph from standstill in an estimated 3.8 seconds before reaching an electronically limited 155mph – where permitted.

Saturday, July 10, 2010

PAUHinfo: Urutan Peristiwa Israk & Mikraj

Peristiwa penjelajahan manusia pertama
dari bumi ke angkasa raya.

Semalam ketika menuju ke Masjid Munawwarah Seksyen 27 Shah Alam, aku singgah sekejap di deretan gerai-gerai jualan di luar pagar masjid. Ada satu gerai menjual CD dan VCD ceramah agama penuh dengan orang ramai. Rupanya mereka sedang mendengar ceramah dari VCD yang dimainkan oleh pemilik gerai. Ceramah itu disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus yang pekat dengan loghat Terengganu.

Batu terapung yang sebenar.
Batu besar terapung ini ingin mengikut Rasulullah.

Sesungguhnya aku tak pernah mendengar ceramah Ustaz Azhar ini sebagaimana kerapnya aku mendengar dari Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Harun Din dan Ustaz Shamsuri melalui radio, tv atau cd. Akan tetapi setelah mendengarnya semalam, aku jadi tertarik. Oleh itu aku mencari laman web beliar menerusi carian Google.

Berikut adalah antara artikel yang aku pinjam dari laman web beliau yang aku rasa amat bersesuai dengan bulan REJAB ini iaitu ISRAJ dan MIKRAJ.



RENTETAN PERISTIWA ISRAJ & MIKRAJ


1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.



2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:


i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a. s. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan).

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya:

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyithoh (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

Batu terapung yang sebenar.
Batu besar terapung ini ingin mengikut Rasulullah.

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

-Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Batu besar terapung yang selalu ditayang pada hari jumaat
di sesetengah masjid ini sebenarnya palsu.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib, Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T: Ya Muhammad.

Rasulullah: Labbaika.

Allah S. W. T: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah: Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S. W. T: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


4. Selesai munajat.

Solat dikurangkan dari 50 ke 5 waktu
tetapi dikekalkan pahala sama seperti 50 waktu.

Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.



(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Masjidil Haram di Makkah/Mekah.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam.


Anda boleh melawat laman web beliau di www.UstazAzhar.com.

Friday, July 9, 2010

PAUHjoke: Dah sampai IPOH?

Gambar hiasan, bas ekspress.

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspress Kuala Lumpur ke Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh ... cakap pada anak saya".

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya, "Sudah sampai Ipoh belum?".

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang di sebelahnya menjawab, "Tidur aje la.. Belum sampai lagi ni. Nanti kalau sampai saya akan kejutkan!".

Tapi si anak tidak mahu diam. Dia pergi ke bahagian hadapan bas dan mengajukan soalan yang sama pada pemandu tersebut berkali-kali. "Pakcik, sudah sampai Ipoh ke belum?".

Bandar Kangar, Perlis.

Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu pun berkata.. "Belum! Tidur saja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh, pakcik pasti kejutkan kamu!".

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia terus tidur dengan nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi, semua orang di dalam bas lupa kepadanya. Ketika sampai di Ipoh tidak ada seorang pun yang teringat untuk membangunkan si anak itu. Hinggalah melepasi Alor Setar, si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Seketika kemudian, pemandu baru tersedar yang dia lupa membangunkan si anak itu ketika melalui Ipoh tadi. Lalu ia bertanya pada para penumpang.

"Encik-encik dan puan-puan sekalian. Bagaimana ni, perlukah kita hantar semula anak ini ke Ipoh?".

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh. Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.

Sesampai di Ipoh, si anak dibangunkan.

"Nak! Sudah sampai di Ipoh! Cepat bangun!" kata Pemandu bas.

Si anak bangun dan berkata, "Oh sudah sampai ya!".

Bandar Ipoh, Perak.

Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan sebungkus nasi lemak. Seluruh penumpang kehairanan. "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu yang kebingungan.

Nasi lemak, sedapnya bila tenung lama-lama!

"Tidak lah. Mama saya pesan, kalau sudah sampai di Ipoh, saya boleh makan nasi lemak ni! Nanti dah sampai Kangar, tak adalah saya kelaparan"!

Wednesday, July 7, 2010

PAUHauto: Bugatti’s land speed record, again!


Veyron Super Sports sets 268mph production car Guinness World Record.

It’s official! The Bugatti Veyron is once again the fastest production car in the world. Bugatti’s official test driver Pierre Henri Raphanel completed two top speed runs at VW’s Ehra-Lessien test track, recording an average time of 268mph.


The car used for the run is the new Super Sports special edition of the Veyron which makes its public debut at the Pebble Beach Concours next month.


Taking the already potent standard coupe as a base, the firm’s engineers have increased the size of the four turbos and intercoolers. This has upped power to 1,183bhp and 1,500Nm of torque. New, motorsport-inspired dampers have also been fitted.


Road cars will be limited to ‘just’ 258mph, and the first five Super Sports cars, which have already been sold, will get the same exposed black carbon fibre and orange paint scheme as the record breaking Veyron.


All Super Sports cars feature different bodywork to improve aerodynamics. Made using a new carbon fibre weave to reduce weight, the body now features an elongated cover for the engine which incorporates huge ducts to scoop air into the engine. The front bumper also gains revised intakes.


So far, Bugatti has sold 260 Veyrons, 35 drop top Grand Sports and five Super Sports models, taking the firm to 300 cars. Bugatti originally planned to sell 300 cars by 2012, but this looks set to be extended due to the car’s popularity, despite its £1-million-plus price tag.