Thursday, May 27, 2010

PAUHinfo: Cuti 3 Hari

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pengunjung.

Saya, PAUHatsu tidak akan muncul untuk 3 hari berikutnya bermula 28 hingga 30hb Mei 2010 kerana berada di luar kawasan capaian INTERNET. Semoga kita bertemu lagi pada 31hb Mei 2010 nanti jika dipanjangkan umur. Sekian dari saya.

Perjalanan akan bermula dari Kuala Lumpur!


Menembusi Banjaran Titiwangsa di Pahang.


Merentasi sempadan antara negeri.


Menerusi pintu gerbang ini.


Dan berakhir selama 3 hari di sini!


" S E K I A N ! "

Tuesday, May 25, 2010

PAUHnews: Itu Petai Ke BOM?

Petikan dari berita terkini Harian Metro jam 5 petang tadi 25hb Mei 2010.

CARI PETAI JUMPA BOM!

BALING: Dua pencari petai hutan hari ini terkejut apabila besi buruk yang disepak dan diketuk mereka di hutan Gunung Gadong, Siong di sini, rupa-rupanya sebutir bom lama.

Zaini Md Edi, 31, dan Ayub Abdul Rahman, 30, dari Kampung Kuala Kedua yang terletak kira-kira tiga kilomter dari hutan terbabit, berkata mereka mengetuk "besi buruk" itu beberapa kali setelah menyepaknya.


"Kami mengorek besi itu dengan parang dan terkejut apabila mendapati ia adalah bom," kata Ayub semasa ditemui di sini, hari ini.

Katanya, mereka mengambil keputusan mengalihkan bom lama itu ke kawasan lebih tinggi sebelum membuat laporan di Pondok Polis Kampung Lalang, Siong.


Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) Kampung Kuala Kedua, Al Mokhtar Ahmad, 49, berkata sebelum itu, penduduk kampung menemui sebutir lagi bom lama tidak jauh dari tempat bom terbabit ditemui. - Bernama

Monday, May 24, 2010

PAUHauto: Land Rover LRX


Land Rover’s family album for 2010 is complete!
Lightly disguised with a psychedelic paint job, these world first shots of the Range Rover reveal just how faithful to the design of the original Land Rover LRX concept car the new Range Rover will be.

Under the skin, Range Rover is promising to offer the very latest fuel saving technology. That means drivers will be offered a choice of 2.0-litre petrol and 2.0-litre diesel engines – both of which will offer stop and start technology.

First versions of the car will feature four wheel drive transmissions, though parent firm Land Rover has announced that a two-wheel drive edition is also under development.


The first front wheel drive model in its history, the two-wheel drive machine will be an addition to the range of all wheel drive compact Range Rovers. Serving as an entry level model that will focus on lower running costs and improved fuel efficiency.

Low emmissions are also promised, with the car producing less than 120g/km of CO2 - all of which will be achieved without the need for hybrid technology.

Land Rover is also likley to benefit from the new two wheel drive powertrain. Though no official announcement has been made, it seems likley that the technology will be made available on the front wheel drive edition of the facelifted Land Rover Freelander - which we also have pictured.


Due on sale later in 2010, Land Rover is also planning to introduce a new version of the TD4 E stop and start Freelander - this time paired with an automatic gearbox.

Looking further into the future, Land Rover is also working on a hybrid evolution of both this car and the Compact Range Rover - due for launch in 2013.

Sunday, May 23, 2010

PAUHnews: Mahaguru Wing Chun Ditahan

Aku baru saja selesai menonton cerita IP Man 1 dan IP Man 2 semalam. Walaupun IP Man 1 sudah hampir 2 tahun dihasilkan, namun baru semalam aku berkesempatan menonton.


Nak dijadikan cerita, bila aku buka akhbar hari ini Utusan Malaysia 23hb Mei 2010, ada satu berita yang hampir sama tajuknya dengan cerita yang aku tonton itu. Tapi Mahaguru Wing Chun yang ini ditangkap bukan kerana mempertahankan negara, tapi menipu tapak di pasar malam! Macam-macam sekarang ni. Hebat berkung fu tapi tipu orang pula!




Mahaguru kung fu ditahan

KUALA LUMPUR 22 Mei - Jika dalam filem, mahaguru kung fu Wing Chun iaitu Ip Man sanggup mempertaruhkan nyawa untuk membela warga China, namun keadaan sebaliknya pula berlaku di sini, apabila mahaguru aliran kung fu tersebut di negara ini ditahan polis setelah disyaki menipu orang ramai.

Selain didakwa menipu, Mahaguru kung fu Wing Chun di Malaysia tersebut dipercayai turut memeras ugut orang ramai selain melakukan samaran.

Dia ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman berkata, mahaguru itu disyaki menipu dengan menawarkan tapak pasar malam untuk disewa kepada orang ramai sebelum lesap bersama bayaran yang dibuat penyewa.

"Mengikut laporan, dia telah melakukan penipuan tersebut beberapa kali iaitu pada 2005, 2008 dan tahun lalu di Cheras dan Brickfields.

"Dia ditahan dan direman selama lima hari hingga Selasa ini untuk membantu siasatan," katanya selepas melancarkan program pencegahan jenayah di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) di sini hari ini.

Saturday, May 22, 2010

PAUHnews: Jog Dan Akhbar


Seperti biasa, jam 6:30 pagi sabtu aku dah ada di Tasik Titiwangsa untuk paksa diri pusing trek jog di situ seberapa banyak pusingan yang boleh sebelum jam 8:30 pagi.


Hari ini memang gelap. Kalau tak silap waktu sampai di tempat letak kereta tadi, jalanraya dah basah. Tapi hujan dah berhenti. Waktu berjogging tadi angin memang 'BEST'! Kuat dan sejuk. Orang pun tak ramai. Mungkin disebabkan cuaca seakan-akan kembali nak hujan. Makin tarik selimutlah agaknya.


Jam 8:30 pagi aku mula bersiap ke Kampung Baru untuk beli sarapan pagi. Tadi sempatlah buat lima setengah pusingan. Oklah! Di Kampung Baru pun orang masih tak ramai. Senanglah nak membeli makanan walaupun kedai makan tak banyak yang buka.

Dah beli makanan, aku bersiaplah nak pulang. Nampak gerai menjual surat khabar. Entah kenapa, hari ini aku beli senaskah akhbar. Dah hampir 7 tahun aku tak beli akhbar bercetak ini. Setiap malam sebelum tidur aku buka internet dan mengadap lebih 10 akhbar elektronik. Jadi bila bangun pagi, semua akhbar yang dijual majoritinya aku dah baca berita dan artikel yang terkandung di dalamnya. Begitulah setiap hari sejak 10 tahun yang lalu.


Bila fikir balik nak tergelak pun ada, sebabnya waktu nak membeli akhbar tadi bagaikan budak baru nak belajar membeli barang di kedai. Dah lama tak beli akhbar, dahlah harga tak tahu, nak pilih akhbar pun macam takut-takut nak ambil. Lepas itu bila nak membayar macam segan-segan. Padahal tak ada apapun yang salah.

Apa-apapun tajuk berita akhir-akhir ini macam ada satu trend. Sebagai contoh:

Di tetak hanya kerana ditegur ibu, dipukul hampir mati kerana buang sampah, ditendang separuh tiang kerana ingin mengambil kereta, digantung sekolah kerana sambut harijadi dan hari ini pula murid diberi penampar JEPUN kerana berebut buku dengan rakan.

Adakah tajuk ini nak melariskan AKHBAR atau berita yang di sampaikan memenuhi cerita sebenar tajuk tersebut? Apa-apapun bacalah keratan berita Harian Metro 22hb Mei 2010 di bawah ini:



'Cikgu bagi penampar'

ALOR SETAR: Hanya kerana berebut buku dengan rakan sekelas, seorang murid tahun tiga sebuah sekolah rendah di Mergong di sini mendakwa menerima ‘penampar Jepun’ daripada guru muziknya sehingga tulang hidungnya retak dan berdarah, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, hidung Muhammad Naim Sofwan Rosly mengalami pendarahan sehingga Rabu, selain mukanya turut bengkak terutama di kening kirinya.

Mangsa yang berusia sembilan tahun juga mendakwa pernafasannya tersekat akibat tamparan kuat itu.

Ketika ditemui selepas mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, Muhammad Naim Sofwan atau nama manjanya ‘Boboy’ berkata, kejadian berlaku secara tiba-tiba kira-kira jam 12.30 tengah hari, Selasa lalu.

Anak ketiga daripada lima beradik itu mengaku berebut buku dengan seorang rakannya yang sepatutnya dihantar kepada guru berkenaan yang naik minyak lalu menamparnya dua kali.

Berikutan sakit dan pening, Muhammad Naim yang mendakwa sakit serta pening, diberi amaran oleh guru berkenaan supaya tidak memberitahu ibu bapanya mengenai kejadian itu dan setibanya di rumah, dia terus tidur sehingga petang.

Sementara itu, datuk mangsa, Ismail Din, 55, berkata, dia mendapati Boboy masih tidur apabila dia sampai dari Kelantan kira-kira jam 7.30 malam di Rumah Pangsa Seberang Terus di sini.

Katanya, ketika mengejutkan cucunya itu, dia ternampak tompokan darah pada baju sekolah cucunya dan selepas dipujuk, Boboy memberitahu apa yang berlaku.

“Ketika itu abang sulungnya yang berada di tahun enam sekolah sama, Mohd Naim Sofwan, memberitahu dia dipanggil guru berkenaan ke kelas adiknya ketika Boboy ke tandas untuk mencuci darah.

“Guru lelaki berkenaan memberitahu Naim bahawa adiknya buas dan meminta kejadian yang berlaku itu tidak diceritakan kepada sesiapa,” katanya.

Menurutnya, berikutan tidak puas hati, dia membawa Boboy ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 8.30 malam kelmarin untuk membuat laporan sebelum dirujuk ke HSB pada malam sama.

Sementara itu, Ismail berjumpa dengan guru besar sekolah cucunya yang kemudian segera melawat Boboy di rumah, pagi kelmarin.

“Guru Besar memaklumkan dia tidak tahu mengenai kejadian itu dan berjanji untuk menyiasat,” katanya.

Menurutnya, Boboy sekali lagi dihantar ke HSB kelmarin, selepas hidungnya berdarah dan ujian sinar X menunjukkan berlaku keretakan.

Sementara itu, jurucakap IPD Kota Setar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mangsa dan pegawai penyiasat akan mengambil keterangan pihak terbabit Ahad ini.

Dalam pada itu, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Setar mengarahkan siasatan segera dilakukan berhubung kejadian membabitkan murid sebuah sekolah kebangsaan di Mergong itu.

Thursday, May 20, 2010

PAUHauto: AC Cobra Replica


Underneath the enormous Goodyear racing tyres and classic sponsors logos, this AC Cobra replica is actually a Suzuki Cappuccino with a three-cylinder engine that is over ten times smaller than the monster 7.0-litre V8 from the original 1965 Mark III.


It isn’t only the engine that has shrunk either, the entire car is just over a metre tall, and the wheelbase is a full 40cm shorter than the original 427 Cobra - which was hardly roomy to start with - and because the body is made from fibre reinforced plastic, it is nearly 400kg lighter as well.


Don’t write the Baby Cobra off as a novelty item just yet though, as the car comes with a really serious options list. The company responsible can make the mini Cobra as hardcore as you desire, but anyone seeking a high-performance version will need to dig deep to afford it.


In standard trim the Cobra comes with a 660cc engine with only 63bhp, black leather bucket seats, ‘Halibrand’ style original alloys and larger 50mm springs to improve the ride. Spec it up all the way however, and the price rises from £27,724 to a whopping £43,993.


So what do you get for your extra sixteen grand? Well, the engine goes up in size to 720cc, and gets turbocharged to take the power to 158bhp. There’s 300mm lightweight performance brakes front and back to cope with the extra shove. On top of this there is a fully adjustable sports suspension kit, and a limited-slip diff at the rear to make the most of the featherweight chassis.

Neat touches like the four-point Simpson race harnesses, a small driver’s wind deflector, and the long white dummy side exhausts are all included in the cost.

Wednesday, May 19, 2010

PAUHnews: Bung Moktar Dipenjara, Berpoligami Tanpa Kebenaran


KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dikenakan hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini hari ini kerana kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah pada akhir tahun lepas.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu terhadap Bung Moktar.

Bung Moktar dibebaskan dengan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin.

Wan Mahyuddin kemudiannya memerintahkan peguam Amli Embong yang mewakili Bung Moktar menfailkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dalam tempoh 14 hari bermula Rabu.

Sementara itu, Bung Moktar yang meninggalkan mahkamah pada pukul 2.10 petang bersama Zizie Izette, ketika ditemui pemberita enggan mengulas lanjut mengenai keputusan mahkamah.

Beliau hanya berkata: " No komen. Mahkamah sudah menjatuhkan hukuman, saya tak harap apa-apa pun." Zizie Izette yang kelihatan berseri-seri dan melemparkan senyuman kepada para pemberita, mengucapkan terima kasih kepada pihak media.

Tuesday, May 18, 2010

PAUHnews: Kalimah ALLAH Di Jam Tangan

Petang tadi hujan betul-betul lebat. Dari Seksyen 2 Shah Alam ke Jalan Ampang, KL melalui Puchong memang penuh dugaan. Banjir sana, lopak sini, kereta tersadai dalam banjir, lori terbabas atas pembahagi jalan dan macam-macam lagilah.


Sampai saja dalam KL dari arah Lapangan Terbang Sungai Besi, jalan bertambah sesak. Hujan makin menjadi-jadi. Hendak ambil isteri ada masa 2 jam lagi sebelum dia habis kerja. Maka aku singgahlah Suria KLCC.

Kalau ke Suria KLCC tak sah kalau tak pergi ke kedai buku Kinokuniya. Dan kalau ke situ memang seksyen bahan bacaan Jepun menjadi arah tuju aku. Alang-alang ke situ aku mesti membeli paling kurang satu majalah terbitan negara matahari terbit itu. Hari ini aku beli majalah K-KAR Special edisi D.I.Y: LED!


Selepas mendapat majalah yang nak di beli, sementara ada masa, aku belek-beleklah majalah-majalah lain yang tak berbungkus plastik di seksyen Jepun ni. Tiba-tiba aku terpandang ini.


Kalau kalimah ALLAH tertera pada jam dinding rumah aku boleh terima, tapi ini menjadi perhiasan jam tangan. Banyak rekabentuk gambar seperti tengkorak, bunga dan macam-macam lagi dalam majalah tersebut, tapi yang satu ini tak sepatutnya tercetak di muka jam. Jam tangan ini dikhuatiri dipakai di tempat-tempat yang tidak baik dan digunakan oleh pemakai yang tidak bertanggungjawab serta mereka yang tak sepatutnya memilikinya.


Majalah ini bernama POWER WATCH bilangan 1, merupakan majalah bagi peminat jam versi JEPUN. Kalau tak silap majalah ini ada berbagai versi negara. Mana-mana jam terkini dan rekaan terbaru akan dipaparkan di dalamnya. Mungkin penerbit tidak memahami perkara kalimah tadi tapi bagi kami umat ISLAM perkara ini sepatutnya tidak berlaku.


Apa pendapat anda yang beragama ISLAM dan rakan-rakan yang beragama lain?

Monday, May 17, 2010

PAUHnews: Balai Polis Terbakar!

Semalam waktu dalam perjalanan dari Taman Maluri KL ke Cheras Batu 10, aku ternampak kepulan asap yang makin menebal menjulang ke langit! Kata aku pada isteri di sebelah, "Tu kawasan pekan Batu 9... rasanya balai polis yang terbakar kot? Tak pun tong gas kat deret kedai tu meletup?". Rupanya tekaan aku betul dan disahkan dalam akhbar hari ini. Berikut adalah gambar yang sempat aku rakam semalam.

KLIK GAMBAR UNTUK ZOOM!
Asap menjulang hitam boleh dilihat jelas dari Tesco Extra Cheras.

Highway Bestraya JAM kerana banyak kenderaan prihatin berhenti.

Berikut adalah jurugambar dan wartawan segera yang membuat liputan.



Manakala di bawah ini adalah berita tertang kebakaran tersebut yang tersiar dalam akhbar Harian Metro hari ini 17hb. Mei 2010.

TONG GAS LEDAK BALAI POLIS
Oleh Muhammad Apendy Issahak
2010/05/17

CHERAS: Seorang anggota Balai Polis Batu 9, Cheras cedera di kaki kiri terkena serpihan kaca apabila sebiji tong gas meletup dalam kebakaran sebuah bengkel motosikal berhampiran sebelum ‘terbang’ merempuh dinding kaca balai berkenaan di sini, semalam.

HANGUS...deretan rumah kedai yang terbakar, semalam.

Kebakaran yang memusnahkan 13 rumah kedai di kawasan berkenaan turut menyebabkan seorang anggota polis wanita balai terbabit sesak nafas terhidu asap tebal dan seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat yang memadamkan kebakaran cedera terkena kejutan elektrik.

Semua anggota yang tercedera itu dikejarkan ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan.

Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat, Zon Hulu Langat, Mazlan Zainol berkata, pihaknya mendapat panggilan jam 3.35 petang dan sampai ke tempat kebakaran lima minit selepas itu.

Mazlan berkata, seramai 50 anggota daripada lima balai bomba berdekatan iaitu Pandan Indah, Bandar Baru Bangi, Taman Segar, Hang Tuah dan Kajang membantu memadamkan kebakaran.

“Bomba dapat mengawal kebakaran 20 minit selepas tiba ke lokasi dan kebakaran dipercayai berpunca litar pintas di tingkat atas sebuah kedai di situ,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, tiada mangsa yang cedera kerana semua kedai ditutup cuti hujung minggu dan bomba masih menyiasat punca kebakaran serta jumlah kerugian.

“Laporan awal daripada beberapa orang awam mengatakan ada seorang penghuni rumah kedai yang terperangkap, namun selepas menjalankan siasatan dan operasi mencari mangsa dalam bangunan terbabit, kami dapati mangsa terbabit dapat keluar dengan selamat,” katanya.

PECAH...cermin Balai Polis Batu 9, Cheras yang musnah.

Sementara itu, menurut saksi kejadian, Chin Foo Yen, 46, dia ternampak kepulan asap di tingkat atas sebuah daripada rumah kedai terbabit ketika dalam perjalanan ke ibu negara.

Dia terus ke balai polis berhadapan tempat kejadian untuk memaklumkannya sebelum menjerit dan menyuruh penghuni berhampiran deretan kedai yang terbakar itu menyelamatkan diri.

PAUHinfo: Artikel pilihan hari ini.

Artikel ini aku perolehi dari Laman Online Harakah Daily 17hb. May 2010 tulisan Subky Abdul Latif mengenai kepintaran Sultan Kelantan semasa isu Lamboghini Diablo di Kelantan dahulu. Ketika kejadian ini, aku masih belajar di sekolah menengah di Pengkalan Chepa, Kota Bharu. Sememangnya isu tersebut heboh diperkatakan di Kelantan dan Malaysia ketika itu.



SULTAN KELANTAN ORANGNYA PINTAR
Oleh Subky Abdul Latif

DYMM Sultan Kelantan yang terlantar gering sejak setahun lalu dan tidak lagi mudah berkomunikasi seperti biasa malah dengan orang yang dekat dengan baginda bagi saya adalah seorang yang pintar.


Apa pun orang kata, pada saya semasa sihatnya baginda adalah orang yang pintar.

Allahyarham Haji Idris Othman meninggal awal 2000 adalah penasihat undang-undang Negeri Kelantan yang baginda rundingi bagi mengeluarkan motokar mewah Lamborghini dari simpanan kastam di Subang untuk dibawa ke Kelantan.

Baginda telah menggemparkan negara kerana dapat mengeluarkan motokar itu tanpa menjelaskan cukai besar yang dikenakan dalam tahun 90an dulu dan selamat dibawa ke Kelantan dan bebas digunakan di Kelantan saja.

Apa pun orang kata tentang kejadian, tetapi bagi saya ia adalah perancangan pintar baginda dengan Haji Idris hingga kastam dan polis tidak menduga ia berlaku dan dapat dilakukan jika tiada pelan yang pintar.


Mungkin orang boleh berkata macam-macam atas kejadian itu tetapi saya yang mencintai kepintaran, sayang dan mengkagumi kepintaran itu.

Sebelum terbentuk muafakat antara PAS dengan Team B UMNO pimpinan Tengku Razaleigh, saya bertemu dengan Setiausaha Sulit baginda di Kota Bharu yang saya tidak ingat namanya.

Pegawai itu baru membeli motokar baru. Baginda datang menegok kereta itu. Baginda menceritakan tentang enjin motokar itu begitu dan begini yang pegawai itu sendiri tidak tahu sangat tentng injin motokarnya.

Kata pegawai itu, sebut saja apa jenis motokar, Tuanku dapat menyebutkan tentng enjinnya satu persatu. Justeru itu orang-orang yang tahu tentang injin motokar yang hendak mengadap baginda mesti bersedia tentang maklumat berbagai jenis injin kerana baginda nanti akan bertanya sesuatu tentang enjin.

Begitu juga tentang senapang dan pistol. Baginda amat meminati hal ehwal senjatapi dan membaca semua tulisan tentang senjata. Sekalian panglima tentera yang mengadap mesti bersedia dengan berbagai maklumat terbaru mengenai senjatapi kerana baginda.

Saya tanya pegawai itu tentang tugas hariannya dengan Tuanku? Pagi-pagi lagi Tuanku sudah membaca kebanyakan surat khabar. Tidak lama selepas masuk pejabat, Tuanku mesti bertanya sudah dia membaca rencana dan berita itu dan ini.

Termasuk yang baginda tanya tulisan saya di Harakah. Biasanya pegawai memberitahu dia belum membacanya. Baginda suruh dia membaca rencana-rencana itu. Kalau rencana itu sudah dibacanya, baginda akan tanya pandangannya tentang rencana itu. Mana-mana rencana baik dari akhbar Melayu dan Inggeris yang baginda suruh baca, mesti dibacanya segera kerana tidak lama selepas itu baginda akan bertanya tentang rencana itu.

Beliau tidak menceritakan tentang reaksi Sultan tentang pandangannya terhadap rencana-rencana itu. Tetapi saya percaya tentulah ada perbincangan baginda dengannya atas rencana itu.

Satu hal dirasanya berat tetapi sudah biasa baginya, biasanya baginda kalau tidak ke mana-mana akan ke pejabatnya sekitar pukul 10 pagi. Baginda membawa satu buku yang sudah dibacanya. Disuruhnya pegawai itu membacanya. Sebelah petang nanti baginda akan minta apa pandangannya tentang kandungan buku itu?

Pegawai itu tidak boleh temberang kerana baginda tahu kandungannya. Kadang-kadang berturut-berturut hari. Pegawai itu mesti membaca cepat dan mesti selesai sebelum petang dan sebelum satu buku baru yang akan diserahkan kepadanya.

Saya tanya, adakah Tuanku kuat kembaca? Jawabnya, ulat buku.

Jika begitu keadaannya, padanlah Sultan Kelantan itu seorang yang pintar.

Tentang motokar Lamborghini yang mahal itu tinggi pula cukai kastam. Baginda pernah dikenakan cukai mudah atas kereta mewah lain sebelum itu. Maka cukai mudah itu tidak diberikan lagi. Motokar itu tidak boleh dikeluarkan selagi cukainya tidak dijelaskan.

Bagaimana baginda hendak mengeluarkannya?

Hal ini tidak boleh dirunding dengan ramai orang. Baginda berbincang dengan Haji Idris saja. Haji Idris dapatkan beberapa maklumat yang diperlukan. Lalu baginda pun pergi melihat motokar itu. Dengan pengetahuan mengenai enjin baginda bolehlah bercakap tentang enjinnya. Baginda cuba menaiki motokar.

Baginda pun minta mencuba pandu sendiri di kawasan berdekatan. Kastam membenarkannya tetapi tidak boleh pergi jauh sangat kerana minyak tidak cukup. Apabila baginda memandu motokar itu, baginda terus ke stesyen minyak dan dari situ memandunya hingga ke Istana Kelantan di Kuala Lumpur.

Hebohlah kastam kerana motokar mewah bercukai tinggi itu sudah dilarikan. Motokar itu tidak boleh diambil dari kawasan istana. Kalau ia keluar dari kawasan istana, ia akan diambil balik.

Bagaimana hendak mengeluarkan motokar itu dari istana?

Haji Idris mendapatkan maklumat tentang perjalanan dari Kuala Lumpur ke sempadan Pahang dan Kelantan. Masa mana tiada rondaan polis sepanjang perjalanan itu? Biasanya waktu panas terik tengah hari polis membuat kerja lain.

Kata Haji Idris, dia memastikan stesyen minyak di Benta antara Raub dan Kuala Lipis ditutup sejam bagi membolehkan motokar itu tidak terhalang mengisi minyak. Motokar itu tidak boleh berhenti di tengah jalan dan tidak boleh berhenti lama semasa mengisi minyak. Bimbang nanti dikesan polis.

Dan motokar itu mesti dipandu oleh baginda sendiri. Kalau terserempak polis, mungkin polis segan silu dengan Sultan.

Seperti yang dirancang motokar baru yang belum ada air-con itu dipandu dalam keadaan panas hingga ke Benta. Merah menyala wajah Raja oleh panas di luar motokar dan di dalam motokar. Bayangkan suasana yang baginda tidak pernah alami.

Selepas Benta motokar itu dipandu orang lain segera menuju sempadan dan di Kelantan ia terjamin selamat. Sultan menaiki kereta rasmi lain di belakang motokar itu hingga ke sempadan.

Begitulah hebat dan pintarnya Sultan semasa sihat dulu.


Anda juga boleh klik dan baca artikel ini di HarakahDaily!

Friday, May 14, 2010

PAUHnews: Nenek Kena Lanyak!

Berita pilihan PAUHatsu dari keratan akhbar Harian Metro hari ini 14hb. May 2010.



JITRA: Seorang penyamun bertindak seperti binatang apabila memijak, menendang dan menumbuk muka seorang nenek semata-mata kerana mahu merampas barang kemas mangsa dalam kejadian di Kampung Perupok, Mukim Malau di sini, pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa, Fatimah Mahmud, 72, cedera teruk di muka selepas rayuannya supaya penjenayah terbabit tidak memukulnya tidak diendahkan, sebaliknya mukanya ditutup kain sebelum lehernya dijerut menyebabkan mangsa rebah.

Nenek itu ketika ditemui di Hospital Jitra di sini, semalam berkata, penyamun itu langsung tidak mempunyai belas kasihan ketika membelasahnya.


“Saya merayu supaya dia berhenti memukul saya kerana tak tahan menanggung kesakitan akibat dibelasah bertalu-talu, tapi lelaki itu tidak mengendahkannya,” katanya.


Berikutan kejadian itu, mangsa kini masih trauma apabila terbayang-bayang wajah penjenayah zalim itu.


Sementara itu, anak mangsa, Suriani Harun, 40, berkata pada hari kejadian, anak lelakinya yang juga cucu mangsa, Mohd Izham Alias, 16, menemani neneknya di rumah, manakala dia, suami dan tiga anak yang lain masing-masing keluar bekerja.


Suriani berkata, ketika itu, seorang lelaki yang juga penduduk kampung sama berusia 20-an serta mengenali keluarganya, datang ke rumah mereka dengan menunggang motosikal dan mengajak Mohd Izham menemaninya ke kedai runcit.


“Disebabkan anak saya mengenali lelaki itu, dia mengikut dengan membonceng motosikal berkenaan. “Namun, sebaik tiba di kedai runcit yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumah, lelaki itu meninggalkan anak saya seorang diri di kedai berkenaan.


“Kami mengesyaki selepas meninggalkan Mohd Izham, lelaki terbabit kembali ke rumah kami dan menyamun ibu saya apabila dia berseorangan,” katanya. Suriani berkata, lelaki terbabit menutup muka ibunya dengan kain dan apabila warga emas itu rebah, dia merentap dua rantai emas di leher ibunya.

“Pada waktu sama, lelaki itu turut menarik dua rantai tangan dipakai ibu saya sebelum menendangnya berkali-kali sehingga menyebabkan ibu tersembam ke lantai,” katanya.


Suriani berkata, ibunya bernasib baik apabila Mohd Izham pulang ke rumah tidak lama kemudian dan terkejut apabila mendapati muka neneknya berdarah.


“Mungkin ibu sudah mati kalau anak saya lambat sedikit tiba di rumah kerana ketika itu ibu hampir tidak sedarkan diri dengan kecederaannya agak serius,” katanya.


Suriani yang dimaklumkan kejadian itu oleh Mohd Izham bergegas pulang sebelum dia bersama seorang saudara membawa ibunya mendapat rawatan di Hospital Jitra.


“Ibu saya terpaksa menerima lima jahitan akibat kecederaan sepanjang kira-kira 10 sentimeter di cuping telinganya,” katanya.


Berikutan itu, dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu mengenai kejadian berkenaan, kira-kira jam 12 tengah hari kelmarin.


Sementara itu, Ketua Polis Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin ketika ditemui mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera ketika melakukan rompakan.


Beliau berkata, pihaknya mengesyaki kejadian itu membabitkan dua suspek dan polis menjalankan siasatan lanjut.