
Friday, April 30, 2010
PAUHauto: Lexus Pedal Power

PAUHauto: Tata Nano, World Cheapest Car

Thursday, April 29, 2010
PAUHauto: Alfa TZ3 Corsa
Wednesday, April 28, 2010
PAUHnews: Mati Sebab Tegur Buang Sampah
Lelaki mati dibelasah jiran kerana tegur buang sampah
(Petikan dari Metro hari ini 28hb April 2010, berlaku di Sentul, Kuala Lumpur)

Tuesday, April 27, 2010
PAUHauto: Exclusive Murcielago SV

PAUHnews: Kereta Melambung
Petikan dari akhbar Kosmo 27hn April 2010.
Tiga cedera kereta dilambung air paip bocor
KUALA LUMPUR - Tiga pemandu kereta cedera apabila kenderaan masing-masing melambung terkena tekanan pancutan air daripada paip bawah tanah yang pecah ketika melalui Jalan Universiti di Bangsar semalam.
Tiga kereta yang berada di laluan yang sama menuju ke arah Petaling Jaya dalam insiden 4.30 petang itu tidak dapat mengelak apabila paip bawah tanah itu tidak semena-mena pecah dan mengeluarkan pancutan air yang deras.
Akibatnya, kenderaan pertama sebuah kereta Nissan Sunny, remuk setelah terpelanting kira-kira 10 meter hingga memasuki jalan bertentangan.
Dua lagi kereta yang berada di belakang kereta Nissan Sunny itu, kereta Honda dan Proton Iswara Aeroback turut melambung terkena tekanan air itu menyebabkan kereta Honda terbalik dengan keempat-empat tayar ke atas manakala kereta Proton terbabas dan berpusing.
Tiga pemandu kenderaan itu, kesemuanya lelaki dalam lingkungan 30-an, mengalami kecederaan akibat insiden itu di mana pemandu kereta Nissan dilaporkan cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan manakala pemandu kereta Honda dan Proton Iswara Aeroback pula dilaporkan mengalami cedera ringan.
Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata, siasatan mendapati paip pecah adalah akibat tekanan bawah tanah.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Korporat, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Abdul Halem Mat Som memberitahu, paip yang pecah itu terletak di bawah projek pengalihan paip oleh pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan pihaknya tidak ada kena mengena dengan projek tersebut.
Monday, April 26, 2010
PAUHauto: Mercedes SL350 Night Edition

Sunday, April 25, 2010
PAUHjoke: Kebun Cempedak

PAUHauto: 2011 BMW 3 Series
Next gen BMW 3 Series uncovered!


PAUHnews: Undi Bermula Di Hulu Selangor
| Proses mengundi di Hulu Selangor bermula. (Sumber dari Malaysiakini.com) | ||
|
Proses mengundi pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Hulu Selangor bermula pagi ini sebaik sahaja 48 pusat mengundi dibuka jam 8 pagi ini.
Pusat pengundian tersebut menyediakan 136 saluran di 47 sekolah dan dewan masyarakat. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyelia proses pengundian hari ini, dengan diketuai oleh pegawai pengurus pilihan raya, Nor Hisham Ahmad Dahlan. Parlimen Hulu Selangor mempunyai seramai 63,701 pengundi. Nor Hisham yang juga pegawai daerah Hulu Selangor menasihatkan mereka supaya datang ke pusat mengundi awal kerana tengah hari dijangka hujan. Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandingnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad yang meninggal dunia bulan lalu akibat barah otak.
Ia menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara ketua penerangan MIC P.Kamalanathan dari BN dan bekas ahli parlimen Kota Bharu Datuk Zaid Polis pula menggerakkan lebih 1,000 petugas dan beberapa helikopter bagi memastikan proses mengundi berjalan lancar. Proses mengundi akan tamat jam 5 petang dan semua undi itu kemudiannya akan dikumpulkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Hulu Selangor. Keputusan pengundian dijangka paling awal dapat diketahui sekitar jam 9.30 malam. |
Saturday, April 24, 2010
PAUHauto: 2010 Mercedes CLS

Friday, April 23, 2010
PAUHnews: Lelong Kenderaan Polis
PAUHauto: Alfa Romeo 2uettottanta






























