Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Hafiz ni memang kuat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini.
Sejak Hafiz duduk di rumahnya, cepat sangat barang-barang dapur habis. Hafiz betul-betul kuat melantak! Kebaikan Hafiz pula ialah dia ini boleh dikategorikan seorang yang alim. Tak pernah meninggal solat. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu. Waktu maghrib Pak Harun seronok depan tv tengok ulangan AF lah, Doraemonlah, Shin Chan lah. Selepas itu sambung tengok berita, lepas tu makan, lepas tu tidur. Esok bangun lewat pukul 8 pagi. Belum mandi dan gosok gigi dia terus pergi kedai kopi bersembang sampai tengahari.
Kemudian Pak Harun akan balik makan tengahari dan tidur. Petang Pak Harun pergi kedai kopi lagi untuk main dam sambil berborak mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan inilah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan. Tetapi Pak Harun terus mencari idea macam mana nak kenakan si Hafiz ini. Bengang betul dia pada Hafiz "Sudahlah tak berumah, menghabiskan beras aku pulak tu!" kata Pak Harun dalam hati.
Suatu hari Pak Harun dapat idea untuk mengenakan Hafiz. "Hafiz, mari kita main dam haji." katanya kepada Hafiz. "Boleh juga..." kata Hafiz tanpa mengesyaki sesuatu.
Bila sahaja bermain, Pak Harun sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Hafiz. Dia hulur, Hafiz makan. Pak Harun hulur lagi. Hafiz pun makan lagi. Hulur lagi makan lagi, dan lagi... dan lagi...
"Eh kau ni Hafiz... kuat betul makan laa... agak-agak laa..." kata Pak Harun tersenyum. "Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni. mentang-mentang aku kuat makan.." fikir Hafiz dalam hati. Tapi tak mengapa.
Sekarang mereka bermain di set yang kedua. Seperti tadi, Pak Harun terus hulur, tapi Hafiz tak makan buah dam mertuanya. Pak Harun hulur lagi, Hafiz tak makan juga. Tidak seperti di set pertama, Hafiz dah bijak sikit.
Bila Hafiz tak makan buah dam lawan, mestilah buah dam Pak Harun makan buah dam Hafiz. Oleh itu akhirnya buah dam bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke penghujung. Maka buah dam Pak Harun telah 'haji'. (Undang-undang DAM HAJI bila sampai hujungkan orang cakap dah HAJI).
Apa lagi, inilah peluang Hafiz mengenakan mertuanya pula. "Eh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke...?" Kata Hafiz berseloroh. Merah padam muka bapa mertuanya, dia nak perli anak menantunya, tetapi dia pula yang terkena balik.
Selepas dari itu, Hafiz tidak lagi kuat makan dan bapa mertuanya pula dah jadi alim serta tidak lagi meninggalkan sembahyang. Sekarang ini mereka berada kat Mekah mengerjakan umrah. Nak pergi haji belum sampai waktu lagi. Kata merekalah!
W A T A M M A T !
Moral cerita : Jangan malu nak menegur kesilapan orang lain, jika untuk kebaikan!
KLIK GAMBAR UNTUK ZOOM!
11/10/2002
Syahdu.
.......................
A1: Kenapa dengan adik U tu?
B1: Biasala, orang baru putus cinta.
C2: Oh Mimi.. hu hu hu!
A3: Kasihan pula I tengok dia..
B3: Ala.. nanti dia oklah tu.
A4: I dulu pun waktu putus dengan x-awek camtu jugak! Hu hu!
B4: Hah? Awek?
B5: Ooo dulu sebelum kahwin U kata I ajelah awek U! Penipu!!!
C5: Apahal pulak nih?
A5: Ampun Darling! Tersasul!
........................................
Moral: Bohong lama-lama orang tahu juga!