Sunday, January 31, 2010

PAUHnews: Lamanya Tak pergi Jogging.

Alamak! Apa nak cerita hari ni ya? Hari cuti cerita pun cuti sama..

Dari tengahari tadi berkobar-kobar nak pergi jogging petang ni. Dah lama tak jogging sejak semua geng berkahwin termasuk aku sendiri. Tak sabar nak tunggu petang ni. Dah lama "plan" tapi tak jadi-jadi ni.

Mulanya nak jogging kat tempat biasa di Tasik Titiwangsa. Tapi memandangkan jam 5pm tadi hujan lebat, maka kemungkinan besar aku tukar lokasi samada di Tasik Permaisuri atau Padang DBKL Pudu Ulu. Alamak, nak jogging keliling padang ni macam kena denda buat salah kat sekolah la pulak. Baik aku pergi Tasik Permaisuri ajelah. Boleh berlari keliling tasik.

6pm, aku pergi ke Tasik Permaisuri seperti dirancang. Terasa bahang di kawasan tasik sebab tadi hujan lebat, haba dari bumi naik ke atas. Belum lari peluh dah meleleh.

Elok je parking kereta, aku nampak orang jual yong taufu kat tepi tangga nak turun ke trek jogging. Macam sedap je. Tiba-tiba perut terasa lapar pulak. Makan dululah, nanti tak ada tenaga nak jogging.


Aku belilah sikit untuk makan. Habislah RM9 untuk 9 cucuk. Aku makan tepi trek jogging. Sambil tengok orang berlari-lari atas trek jogging aku kunyah cepat-cepat makanan tadi. Bila cepat habis cepatlah aku mula jogging.


Elok je habis, baru nak mula berlari tiba-tiba sakit perut pulak. Emmm tak boleh jadi ni. Perut meragam tahap dangdut. Toilet sini tak menarik pula. Jam pun dah dekat pukul 7pm. Jogging lain kali ajelah. Dah nak maghrib ni. Tiba-tiba banyak pula alasan datang.

Kalau macam ni minggu depanlah aku buat percubaan untuk jogging lagi. Tapi minggu depan aku harap tak adalah orang jual makanan tepi tasik lagi. Takut jadi macam tadi. Hahaha! Orang lain datang tasik jogging buang lemak, aku datang sini tambah lemak! Haru..!!

Saturday, January 30, 2010

PAUHnews: GPS - Gadget Penghindar Sesat?

Hari ini aku kena jumpa client @ kawan sekelab di Segambut. Terus-terang cakap, Dalam banyak-banyak parlimen dalam Kuala Lumpur ini, parlimen Segambut adalah yang paling aku jarang masuk. Macam wakil rakyatlah pulak.

Macam biasa, aku bergerak menaiki Perodua Kenari @ PAUHatsu. Sebelum bertolak ke lokasi di tuju, aku cuba cari tempat tersebut menggunakan perisian Google Map. Aku taip, Taman Sri Sinar. Wah jumpalah! Aku "study" habis-habisan peta tersebut dengan harapan bila memandu nanti tak sesatlah.


Ketika dalam kereta, bila sampai di satu simpang dalam kawasan Segambut, tiba-tiba aku terlupa samada simpang seterusnya kiri atau kanan. Waktu itulah baru aku sedar yang peta tadi aku tertinggal kat rumah. Cuba hubungi client tadi tapi tak dapatlah pulak.

Aku teringat NOKIA 5800 aku ada GPS dan dah muat turun perisian GARMIN. Aku masukkan semua maklumat dalam GARMIN...



Keputusannya? Sesat juga. Sebabnya ia selain nama taman atau jalan, ia memerlukan sekurang-kurangnya nama bangunan di satu-satu kawasan sebagai kata kunci. Walaupun aku dah masukkan alamat, GARMIN tadi asyik keluarkan keputusan "Not Found" tak habis-habis!

Sampailah satu masa habis terus bateri NOKIA 5800 aku. Mahu tak mahu cari sendirilah sampai dapat tempat tadi. Nak hubungi lagi kawan tadi pun dah tak boleh. Pusing punya pusing punya pusing akhirnya jumpa juga. Tapi dah lewat 2jam!

Apa punya GPS, patut membantu mengurangkan masa, ini terlebih masa dan masalah pula! Salah GARMIN ke atau salah aku yang tak arif tentang GPS? Atau malumat GARMIN tadi tak meliputi sepenuhnya kawasan tersebut? Nasib baik GPS dalam kepala ni dah simpan memori perjalanan tadi! Selagi memori ciptaan Allah ni sihat, Insya'lah lepas ini kalau ke sana lagi tak sesat dah! Amin!

Friday, January 29, 2010

PAUHnews: Kenapa Mesti Bergaduh?

Sesak betul perjalanan dari pejabat nak balik ke rumah 5pm tadi.
Nasib baik penyaman udara kereta dah diservis sebulan lalu.
Kalau tak mau terbakar dalam PAUHatsu ni.

Hari jumaat memanglah JAM teruk waktu orang pulang bekerja.
Teruknya melampau berbanding hari-hari yang lain.
Biasanya yang teruk JAM ialah nak keluar dari Kuala Lumpur menuju ke tempat lain.
Tapi hari ini terbalik pulak.
Sesak nak masuk Kuala Lumpur petang tadi lebih teruk dari yang bertentangan.

Dalam boring-boring dalam kereta tadi aku teringat video yang geng Facebook aku post.
Kisah dua buah kereta kemalangan di Lebuhraya Damansara-Puchong baru-baru ini.

Kisah dua kereta berlanggar teruk tapi penumpangnya tiada yang cedera.
Itu waktu berlanggar, yang aku nak kongsi ni apa yang berlaku selepas tu.

Saksikan lah drama realiti kehidupan!
Jeng jeee jeeeeng!!!!

Jangan lupa komen selepas menonton video ini!



Ingat! Jangan tiru aksi ni di rumah!
Mereka ini telah dilatih secara professional!
Agaknya la!

Thursday, January 28, 2010

PAUHnews: Siapa Dia?

Petang tadi aku ada mesyuarat dengan kumpulan rakan kongsi di Starbucks Maju Junction. Sedang aku bertukar-tukar pendapat tiba-tiba datang seorang perempuan. Aku ingatkan kenalan kepada rakan kongsi aku. Pakaiannya bagai orang baru balik bekerja.

Dengan selambanya dia duduk dan membuka fail. "Ini kad saya, maaf kerana buat kamu semua menunggu..." katanya.

(Gambar ini tiada kena-mengena dengan kisah ini, harap maaf!)

Kawan aku hantar SMS, padahal duduk sebelah aje. "Kawan kau ke ni?" soal kawan aku. Aku bagi isyarat geleng kepala.

Tak semena-mena perempuan tu tepuk dahi! "Alamak, saya dah terlambat! Pergi dulu ya". Dia terus bangun sambil bergegas keluar dari kafe tersebut.

Kami semua tertanya-tanya... Siapakah dia?

Wednesday, January 27, 2010

PAUHnews: Malaysia Boleh Aje!

16:40pm hari ni waktu balik dari tempat kerja,
aku ternampak lah sebuah teksi Proton Saga BLM.
Memang hebat sehebat yang ada dalam gambar kat bawah ni.


Kerana ingin memenuhi kehendak pelanggan yang menginap di hotel tersebut.. agaknya!
Maka semua beg pelanggan di sumbat ke dalam bonet kereta yang kecil ini.


Kasihan kereta, kalau boleh berkata tak tau la apa yang ditangisnya!
Kalau di atas jalanraya tak menyalahi undang-undang ke?
Membahayakan orang lain dan pemandu serta penumpangnya sekali.
Tapi berbekalkan Malaysia Boleh, semua ni tak jadi masalah.
Selagi tak kena tak apa.. begitu kan?!

Tuesday, January 26, 2010

PAUHnews: Kenari dan Kerabu!

Hai laparnya perut.
Jam 4pm ni lah baru sempat nak breakfast dan lunch campur sekaligus.
Nasib baik la ada orang jual makanan tepi jalan ni..
Nasib baik jugalah kereta Perodua Kenari aku ni kecil.
Muat-muat je parking celah-celah ibukota nih!
Kalau bawa Myvi dan yang lebih besar darinya sah-sah tak dapat peluang beli makanan tadi.

Wow nasi kerabu la!

Best nih!
Aku makan dulu...
Hahaha!

Monday, January 25, 2010

PAUHauto: Perodua Kenari Gang!

Kepada sesiapa yang memiliki kenderaan Perodua KEnari atau Daihatsu Move,
boleh "join" PAUHatsu di...












atau klik PAUH.cjb.net

PAUHnews: Nyaris tergores!

5petang tadi PAUHatsu hampir - hampir tergores.
bukan gores kertas dapat hadiah tipu tu,
tapi motosikal berlanggar dengan kereta kancil yang potong PAUHatsu.

PAUHatsu --> My car!
PAUH = Myself!

Penunggang motosikal tu melambung belakang PAUHatsu.
motosikal dia pula bergolek ke PAUHatsu.
nasib baik berhenti sebelah pintu tanpa sentuh.
kalau tak jadilah GORES dan MERADANG bukan MENANG!

(Sori la kepada yang terlibat dalam video ni.. tak ada upah nak kasi)


tuan kancil dan motosikal tu bagi aku sama-sama salah.
kancil bagi signal tapip last minute.
motosikal pula main menyelit sana-sini.
akhirnya bertemulah buku dengan ruas.

maka JAM lah jalan kepada semua kenderaan di belakang PAUHatsu.
malas aku nak layan.
balik saja lah!

Sunday, January 24, 2010

Welcome to PAUHatsu!

A'kum and a very good day to all.
This is my first time using BLOG.
Am i a blogger now?
Hope to improve my way writing here from time to time.



Who am i?
This was me 5 years ago hahaha!




Thank you for now.
Adios!