Friday, July 9, 2010

PAUHjoke: Dah sampai IPOH?

Gambar hiasan, bas ekspress.

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspress Kuala Lumpur ke Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh ... cakap pada anak saya".

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. Setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya, "Sudah sampai Ipoh belum?".

Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang di sebelahnya menjawab, "Tidur aje la.. Belum sampai lagi ni. Nanti kalau sampai saya akan kejutkan!".

Tapi si anak tidak mahu diam. Dia pergi ke bahagian hadapan bas dan mengajukan soalan yang sama pada pemandu tersebut berkali-kali. "Pakcik, sudah sampai Ipoh ke belum?".

Bandar Kangar, Perlis.

Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu pun berkata.. "Belum! Tidur saja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh, pakcik pasti kejutkan kamu!".

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia terus tidur dengan nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi, semua orang di dalam bas lupa kepadanya. Ketika sampai di Ipoh tidak ada seorang pun yang teringat untuk membangunkan si anak itu. Hinggalah melepasi Alor Setar, si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Seketika kemudian, pemandu baru tersedar yang dia lupa membangunkan si anak itu ketika melalui Ipoh tadi. Lalu ia bertanya pada para penumpang.

"Encik-encik dan puan-puan sekalian. Bagaimana ni, perlukah kita hantar semula anak ini ke Ipoh?".

Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh. Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.

Sesampai di Ipoh, si anak dibangunkan.

"Nak! Sudah sampai di Ipoh! Cepat bangun!" kata Pemandu bas.

Si anak bangun dan berkata, "Oh sudah sampai ya!".

Bandar Ipoh, Perak.

Lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan sebungkus nasi lemak. Seluruh penumpang kehairanan. "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu yang kebingungan.

Nasi lemak, sedapnya bila tenung lama-lama!

"Tidak lah. Mama saya pesan, kalau sudah sampai di Ipoh, saya boleh makan nasi lemak ni! Nanti dah sampai Kangar, tak adalah saya kelaparan"!

2 comments:

  1. make sure tanya mana budak kecik tu nak turun... pic bus tu adalah bus feveret saya!!! hehehe

    ReplyDelete
  2. bas peberet? bas tu gi mana ya?

    ReplyDelete