Sunday, April 25, 2010

PAUHjoke: Kebun Cempedak


Ah Bin, seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri cempedak di kebunnya. Akhirnya ia mendapat satu idea. Di tengah-tengah kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis...

'AWAS! SATU DARI CEMPEDAK-CEMPEDAK INI TELAH DISUNTIK DENGAN RACUN CAP TENGKORAK!'

Keesokan harinya, Ah Bin tersenyum lebar apabila mendapati cempedak-cempedaknya itu tidak dicuri lagi.


Seminggu telah berlalu, Ah Bin pergi ke kebunnya untuk memetik cempedak untuk dijualkan. Memang jelas kelihatan tiada cempedaknya yang hilang. Akan tetapi dia sangat terkejut kerana di sebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru. Ianya bertulis...

'AWAS! KINI ADA DUA CEMPEDAK YANG DISUNTIK DENGAN RACUN CAP TENGKORAK!'


S e k i an !

2 comments: