
*Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. Microsoft digunakan sebagai contoh kerana syarikat komputer tersebut amat berjaya pada ketika itu!*
Kononnya cerita dongeng ini berlaku di zaman pertengahan 90an. Seorang gadis kampung, Faizura ingin mencuba nasib di bandaraya Kuala Lumpur. Kerana bosan bekerja di ladang sayur, Faizura memohon jawatan sebagai tukang sapu di Syarikat Microsoft.
Pada hari yang dijanjikan, pegawai di situ telah mengadakan temuduga dan meminta Faizura menunjukkan cara-cara membersihkan lantai. Setelah beliau berpuas hati, pegawai tersebut pun berkata "Tahniah Faizura, awak diterima bekerja. Sila berikan email awak kepada saya. Nanti saya akan mengirimkan jadual kerja kepada awak."
Faizura menyatakan yang dia tidak memiliki komputer dan juga akaun email. Malangnya, pegawai tadi mengatakan bahawa tanpa email Faizura tidak boleh diambil sebagai pekerja di syarikat tersebut. Faizura menerima keputusan itu dengan rasa kecewa.
Tanpa berfikir panjang, beliau yang hanya memiliki RM10 telah pergi ke Hypermarket terdekat dan membeli buah-buahan dan sayur-sayur. Kemudian dijualnya buah dan sayur tersebut di sebuah flet berdekatan dari pintu ke pintu. Selepas 2 jam semuanya habis di jual.
Faizura mendapat untung dua kali ganda. Kerana usahanya mendatangkan keuntungan lumayan, dia meneruskan kerja tersebut dan menjadikannya sebagai pekerjaan tetapnya. Setelah beberapa tahun, Faizura telah menjadi usahawan berjaya serta telah mengembangkan perniagaannya dengan membuka beberapa cawangan menjual sayur dan buah-buahan di seluruh Malaysia.
Kini Faizura telah mempunyai keluarga dan harta yang yang melimpah-ruah. Suatu hari, Faizura telah terlintas difikirannya untuk mengambil insuran untuk diri dan keluarganya. Dia telah memanggil seorang agen insurans untuk datang ke pejabatnya. Setelah berbincang beberapa ketika, Faizura telah bersetuju untuk membeli insurans tersebut.
Maka berkatalah agen insurans tersebut, "Boleh saya minta e-mail puan?"
"Oh.. maaf, saya tidak pernah memiliki komputer dan juga e-mail." jawab Faizura.
Agen Insurans itu terkejut dan berkata, "Peliknya, Puan mempunyai rangkaian perniagaan yang besar, tapi tidak mempunyai komputer dan akaun e-mail? Cuba bayangkan apa yang akan terjadi jika Puan memiliki komputer dan akaun e-mail sejak dari dulu lagi.".
Dengan segera Faizura menjawab, "Jadi apa lagi, jadi tukang Sapu di MICROSOFT lah!".
Klik Gambar Untuk Zoom!
27/09/2002
Salon
.........................
A1: Ooo kat sini awek ni kerja rupanya..
B1: Abang nak macamana?
Salon
.........................
A1: Ooo kat sini awek ni kerja rupanya..
B1: Abang nak macamana?
A2: Cuci dan gunting!
A3: Dah lama ke U kerja salon?
B4: Baru dua bulan bang, kenapa?
A4: Ooo I ingat dah lama.
A3: Dah lama ke U kerja salon?
B4: Baru dua bulan bang, kenapa?
A4: Ooo I ingat dah lama.
B5: Ok bang, dah siap..
A5: Eh takde urut-urut leher ke?
A5: Eh takde urut-urut leher ke?
B6: Ada-ada.. kejap ye!
A6: Bestnya awek ni urut aku nanti!
A6: Bestnya awek ni urut aku nanti!
C7: Haa bang urut kat sini ke?
A7: Aiiiyak!!! burp burp!!
...............................
Moral: Orang dah kasi betis, nak peha pula! Kan dah kena!
Moral: Orang dah kasi betis, nak peha pula! Kan dah kena!

Haha..cerita pasal Microsoft tu memang lawak :D
ReplyDelete