Sunday, March 21, 2010

PAUHinfo: Resepi Keropok Lekor ORI

"Perkampungan keropok lekor Losong Kg. Hiliran, Kuala Terengganu."

Semalam aku telah balik kampung sekejap di Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur.

"Tapau keropok goreng untuk dimakan dalam perjalanan!"

Seperti biasa, kalau balik Terengganu tidak sah jika tidak menjamah Nasi Dagang dan Keropok Lekor Losong.

"Salah satu gerai keropok di sepanjang perkampungan tersebut. Itu botol sos!"

Lagipun gerai-gerai yang menjual makanan-makanan ini bukan jauh dari rumah. Hanya memakan masa 5 ke 10 minit sahaja. Dari pagi sampai malam penuh dengan macam-macam makanan. Kalau peserta "Asia Biggest Looser" berkampung di sini aku tak tahulah apa hasil pada minggu terakhir.

"Ini keropok yang baru selesai direbus. Panas-panas.. sedap!"

Kalau nak diikutkan, di tempat-tempat lain pun ada menjual keropok lekor seperti di pasar malam, pasar minggu, tepi jalan selain dari negeri Terengganu. Cuma rasa dan ketulenan keropok itu saja yang menjadi persoalan.

"Dah ada kat gerai ni takkan tak bungkus bawa balik?"

Oleh itu di sini aku berkongsi resepi keropok lekor bagi mereka yang keempunan! Resepi Nasi Dagang Terengganu akan menyusul dalam segmen akan datang. Hehehe!


Resepi Keropok Lekor

Bahan-bahannya
7 ekor ikan selayang / kembong
5 sudu besar tepung kanji/sagu/ubi kayu
Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya
1. Bersihkan ikan dan ambil isi dan kulitnya sahaja.
2. "Blend" isi ikan tadi sampai hancur ( jangan gunakan air). Gunakan mesin blender untuk "blend" kering. (Dulu orang pakai lesung).
3. Campurkan garam dan tepung tadi.
4. Uli sehingga sebati.
5. Uli bahan-bahan tadi sebati dan bentukkan ia memanjang (sejengkal).
6. Rebus dalam air mendidih. Pastikan air betul mendidih.
7. Bila keropok itu timbul menandakan ia telah masak.

*info..
Bagi orang Terengganu, keropok rebus lebih sedap dimakan berbanding yang digoreng. Akan tetapi, kebanyakan orang luar menganggap keropok rebus sebagai keropok mentah. Jadi mereka hanya akan memakan keropok yang digoreng sahaja.

Oleh itu tambah satu lagi proses...

8. Sejukkan dan bolehlah di goreng.



Resepi Pencicah Keropok

Bahan-bahannya
400ml air
150gm gula merah
3 sudu besar cili kisar
60ml air dicampur dengan
1 sudu makan asam jawa
2cm kiub belacan
garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya
1. Jerang semua bahan hingga mendidih.
2. Perlahankan api dan
3. Renihkan hingga pekat kemudian angkat.


Akhir sekali bacalah doa makan sebelum mencuba hasil masakan sendiri! Kalau tak sedap bukan salah resepi, salah orang yang membuat hahaha!

11 comments:

  1. wah...u try buat then i makan je boleh x???hehehe

    ReplyDelete
  2. i tak yah buat, nak order je hahaha!

    ReplyDelete
  3. salam tuan rumah.... copy paste resepi ni ya....

    ReplyDelete
  4. ambik la! kongsi n buka cawangan hehehe!

    ReplyDelete
  5. baru balik dr pantai timuq... bawak balik berkilo kopok lekor rebus nih... mcmkan boleh tahan berbulan. ahaha.. terus online google resipi kopok lekor. dlm byk2, jmpk yg ni. mcm paling mudah & sgt simple pimple! okeh.. moh kite try. timakasih tuah qumah!

    ReplyDelete
  6. Tengah cari reepi soso pencecah keropok lekor ni!

    ReplyDelete
  7. Like www.facebook.com/LekorLekorAsyik Sekarang

    ReplyDelete
  8. saya singgah n follow sini..minta izin saya ambil resepi awak ni untuk entri blog saya..saya ada link kan ke blog awak sekali..

    ReplyDelete