
MALAS KE SEKOLAH
Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu: Salim…Salim…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Salim: Alah mak… Salim tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik… Salim berikan emak dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.
Salim: Semua murid-murid tak suka Salim. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Salim!
Ibu: Itu bukan alasan bagi Salim untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”
Salim: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salim dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Salim dengar baik-baik…. Pertama: Salim sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Salim kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”
Klik Gambar Untuk Zoom!
15/08/2002
Ejek
.........................
A1: Ini amaran, jangan ejek sesiapa lagi.. faham!?
B1: B b b b baik cikgu..
B2: Nasib baik tak kena rotan tadi.
B3: Aduuuhh pedih mata!
B4: Mesti habuk masuk mata...
Ejek
.........................
A1: Ini amaran, jangan ejek sesiapa lagi.. faham!?
B1: B b b b baik cikgu..
B2: Nasib baik tak kena rotan tadi.
B3: Aduuuhh pedih mata!
B4: Mesti habuk masuk mata...
B5: Fuuh fuuuuh!!!
A6: Amir! Berani kamu ejek saya pula!
B6: Eerk!! Cikgu...
...............................
Moral: Buat baik berpada-pada, buat jahat orang ingat sampai bila-bila.

0 comments:
Post a Comment